KERAJAAN China pada Jumaat mengecam kenyataan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Mike Pompeo kerana menuduh Ketua Pegawai Eksekutif Huawei menipu mengenai hubungan syarikat tersebut dengan Beijing.
Huawei yang merupakan pengeluar alat telekomunikasi popular beberapa hari lalu telah diharamkan penjualannya oleh AS.
Pengharaman yang dibuat oleh pentadbiran Donald Trump itu sekali gus mencetuskan 'perang dagangan' antara dua negara itu.
Huawei sebelum ini telah berulang kali menafikan dakwaan bahawa syarikat itu dikawal oleh kerajaan China, ketenteraan ataupun risikan negara tersebut.
Pada Khamis, Pompeo juga menolak kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Ren Zhengfei yang menegaskan bahawa syarikat berkenaan tidak akan sama sekali berkongsi rahsia kepenggunaan selain optimis lebih banyak firma AS akan menghentikan perniagaan dengan syarikat tersebut.
"Baru-baru ini ramai ahli politik AS yang berulang kali menyebarkan khabar angin mengenai Huawei namun tidak pernah mengemukakan bukti seperti mana yang dituntut oleh beberapa negara,' kata jurucakap Kementerian Luar, Lu Kang mengulas tuduhan Pompeo.
AS begitu ghairah menggalakkan negara-negara sekutunya untuk tidak menggunakan teknologi Huawei bagi rangkaian 5G mereka kerana bimbang terhadap ancaman keselamatan negara mereka.
Dalam konteks ini pula, Lu Kang berkata, kerajaan AS kini sedang memupuk provokasi dalam kalangan rakyatnya dengan matlamat untuk mengelirukan dan menghasut.
Presiden Donald Trump juga dalam reaksinya menegaskan, rungutan AS terhadap Huawei mungkin boleh diselesaikan melalui perjanjian perdagangan antara dua negara ini.
Namun dalam masa sama, Trump menegaskan, syarikat tersebut ‘sangat berbahaya’.
Lu Kang pula memberikan maklum balas dengan menegaskan tidak faham maksud AS berhubung kenyataan itu.
"Sejujurnya, saya sebetulnya tidak pasti apakah yang dimaksudkan oleh pemimpin AS secara spesifik, kedudukan AS berkata begini," tegasnya sambil meminta wartawan bertanya sendiri kepada AS.
Lu Kang turut mengulangi pendirian bahawa AS sepatutnya berhenti menggunakan kuasa yang ada pada negara itu untuk menindas syarikat negara-negara lain.
Dan China juga, kata beliau, ingin menyelesaikan perbezaan pendapat ini dialog yang mesra serta rundingan.
Agensi
Fri May 24 2019
Amerika Syarikat ghairah menggalakkan negara-negara sekutunya untuk tidak menggunakan teknologi Huawei.
IShowSpeed tiba di KL, terima baju batik daripada peminat
Speed menerima hadiah daripada beberapa orang peminat Malaysia ketika kenderaannya berhenti di lampu isyarat di ibu negara pada Selasa,
Penyanyi Sean Diddy ditangakp di New York
Penerbit muzik terkenal, Puff Daddy atau lebih dikenali sebagai Sean Diddy Combs yang berdepan dengan beberapa tuduhan serangan seksual telah diberkas di Manhatann, New York oleh ejen persekutuan pada Isnin waktu tempatan.
10 maut, puluhan cedera bas Iran terbalik
Menurut angka awal, kemalangan itu mengakibatkan 10 maut dan 41 cedera.
Malaysia perlu melabur dalam infrastruktur
Pengarah Eksekutif Ukrainian Prism, Hennadiy Maksak berpandangan, Malaysia juga tidak boleh bergantung kepada satu laluan, selain menjalin hubungan yang baik dengan negara-negara jiran.
Lebih 1,000 rakyat termasuk pejuang Hezbollah cedera parah
Lebih seribu rakyat Lubnan termasuk anggota pejuang Hezbollah dan petugas perubatan cedera parah dalam satu letupan pada Selasa.
Tetingkap Tunggal Nasional memudahkan operasi perdagangan antara Malaysia dan China
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berpendapat inisiatif Tetingkap Tunggal Nasional (National single window) yang bakal diharmonikan Bersama system kastam China akan memudahkan operasi perniagaan dan perdagangan (ease of doing business) antara Malaysia dan China.
Medan selera perlu ditambah baik, kemudahan asas tidak lengkap
Air bergenang di lantai dan tempias sehingga meja makan mengakibatkan pengunjung basah. Itu situasi apabila keadaan hujan lebat di Medan Selera Taman Makmur di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang menempatkan deretan 12 kedai makan.
Calon manfaat platform media sosial dekati pengundi luar
Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota turut memberi tumpuan kepada penggunaan media sosial bagi menambat hati pengundi luar selain kempen secara bersemuka.
Seorang wanita maut jatuh lubang saluran air
Seorang wanita maut selepas terjatuh ke dalam lubang saluran air sedalam dua meter ketika menyertai aktiviti mendaki di Bukit Cherok Tok Kun pada Selasa.
Kerja pembersihan sisa kimia dijalankan pada Selasa
Kerja-kerja pembersihan sisa bahan kimia yang dibuang secara haram di Kawasan Perindustrian Tiong Nam dan Kawasan Perindustrian Tropika, Johor bermula pada Selasa.
Trump selamat cubaan bunuh di Florida
Pegawai penguat kuasa undang-undang menyatakan, penembak bersembunyi di kawasan semak berhampiran sempadan padang golf.
Kalau nak jadi PM, KJ perlu ikut keberanian Anwar ‘lawan’ AS - Zaid
Anwar sedar risiko yang dihadapinya jika 'melawan' AS tapi itulah jalan untuk menjadi pemimpin Islam terkemuka kerana Malaysia hanyalah sebuah negara kecil yang tiada suara besar di pentas dunia.
Pochettino kemudi skuad bola sepak AS
Bekas jurulatih Tottenham Hotspur, Chelsea, PSG dan Espanyol itu menggantikan Gregg Berhalter dari Amerika yang dipecat pada Julai.
Taylor Swift sokong Kamala Harris dalam pilihan raya AS
Taylor Swift sokong Kamala Harris untuk Pilihan Raya 2024, sindir JD Vance dan seru pengundi demi hak yang diperjuangkan Harris.
Debat calon presiden: Jika Harris menang, Israel tidak akan wujud dua tahun lagi - Trump
Bekas presiden AS itu berkata, Harris "membenci Israel" dan tidak menyokong Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS menjelang laporan inflasi AS
Pada pukul 8 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.3330/3460 berbanding dolar AS daripada 4.3400/3445 ketika ditutup semalam.
Malaysia tidak boleh dipaksa untuk berpihak, di tengah-tengah ketegangan AS-China – PM
Malaysia bimbang dengan peningkatan ketegangan antara Amerika Syarikat dengan China tetapi ia tidak boleh dipaksa untuk berpihak, kata Perdana Menteri.
Dunia tidak boleh berdiam, puluhan tebusan rakyat Israel masih ditahan di Gaza - AS
AS harap gencatan senjata segera dicapai kerana simpati masih ramai tebusan rakyat Israel menanti untuk pulang ke negara mereka.
4 maut, 2 cedera dalam insiden tembakan di Hawaii
Satu insiden tembakan di Honolulu County, Hawaii pada Sabtu malam mengorbankan empat orang termasuk suspek manakala dua lagi cedera, menurut pihak berkuasa pada Ahad.
Semangat patriotisme melangkaui sempadan: Kadet Malaysia di USAFA sambut merdeka
Para kadet itu yang menghayati semangat Merdeka berkongsi pandangan mereka mengenai kepentingan hari bersejarah ini.