NEW DELHI: Isteri kepada wartawan Pakistan yang terbunuh Arshad Sharif meminta siasatan antarabangsa berhubung pembunuhan suaminya di Kenya.
Walaupun polis di Kenya mengaku menembak mati wartawan terkenal berusia 49 tahun itu, punca kematiannya masih menjadi misteri.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu harus "menjalankan siasatan menyeluruh dan telus" kerana Arshad "hidup secara bersembunyi selepas menerima ugutan bunuh kerana laporan kritikalnya."
"Arshad Sharif melarikan diri dari Pakistan pada Ogos selepas beberapa kes hasutan difailkan terhadapnya pelbagai wilayah di Pakistan. Sharif adalah antara kakitangan @arynewsud yang didakwa oleh pihak berkuasa Pakistan.
"Kami mahu suruhanjaya di bawah @UNinPak menyiasat insiden pembunuhannya," kata isterinya Javeria Siddique menerusi ciapan di Twitter pada malam Rabu.
Arshad ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) selepas meninggalkan Pakistan dan ke Kenya selepas tempoh visanya di UAE tamat.
Kes pembunuhannya pada 23 Oktober masih kabur kerana polis Kenya telah mengeluarkan kenyataan bercanggah mengenai mengapa mereka melepaskan tembakan ke arah kereta yang dinaiki Arshad.
Media Kenya turut menimbulkan keraguan tentang kenyataan polis.
Beliau antara tokoh terkemuka yang lantang menyokong bekas perdana menteri Imran Khan dan mengkritik cara kerajaan Imran digulingkan pada April.
Wartawan itu bekerja untuk saluran televisyen ARY sehingga Ogos.
Sementara itu, ketua pegawai eksekutif ARY, Salman Iqbal turut menuntut siasatan bebas dijalankan terhadap pembunuhan itu oleh agensi hak asasi manusia PBB.
"Kami tahu bahawa ancaman terhadap nyawa Arshad adalah sah.
"Beliau berulang kali merayu secara bertulis kepada semua sektor kerajaan yang berkaitan untuk mendapatkan perlindungan.
"Bagaimanapun, beliau menjadi sasaran kes hasutan, pelbagai FIR (laporan polis maklumat pertama) dan waran tangkap, hingga memaksanya membuat pilihan sukar meninggalkan Pakistan," katanya dalam satu kenyataan minggu lalu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 03 2022

Isteri kepada wartawan Pakistan yang terbunuh Arshad Sharif meminta siasatan antarabangsa berhubung pembunuhan suaminya di Kenya. - Gambar fail/REUTERS

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Isteri wartawan Pakistan minta PBB siasat kes pembunuhan suaminya di Kenya
Isteri kepada wartawan Pakistan yang terbunuh Arshad Sharif meminta siasatan antarabangsa berhubung pembunuhan suaminya di Kenya.