TEL AVIV: Kempen pengeboman, pembunuhan dan pengusiran penduduk Genting Gaza oleh tentera Israel telah memasuki hari ke-67.
Sepanjang tempoh itu, lebih 18,200 penduduk Gaza yang tidak berdaya sebahagian besarnya wanita dan kanak-kanak syahid, manakala lebih 80 peratus menjadi pelarian.
Malah, Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU), Josep borrell menyifakan kesan kemusnahan di wilayah Palestin itu lebih dahsyat berbanding kehancuran bandar-bandar di Jerman semasa Perang Dunia Kedua.
Perdana Menteri Benjamin Netanyahu memberi alasan pencerobohan di Gaza sebagai tindakan mempertahankan diri selepas Hamas melancarkan serangan rentas sempadan pada 7 Oktober lalu.
Netanyahu yang terpalit isu rasuah dan penyalahgunaan kuasa sebelum ini menegaskan bahawa operasi ketenteraan di Gaza hanya akan dihentikan selepas Hamas berjaya dihapuskan.
Namun, benarkah pencerobohan di Gaza bertujuan menghapuskan pengaruh Hamas semata-mata atau Israel mempunyai tujuan lain?
Pengkritik percaya penguasaan penuh ke atas Genting Gaza membolehkan Israel membolot kekayaan minyak dan gas di perairan Gaza dikenali sebagai medan Marin Gaza.
Berdasarkan laporan Persidangan Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCTAD), perairan Gaza dan Kawasan C Tebing Barat mempunyai simpanan minyak 1.7 bilion tong dan 127 trilion kaki padu gas asli!
Aset gas asli di Laut Mediterranean telah lama memainkan peranan penting dalam politik serantau dan mendapat perhatian media.
Apa yang menghairankan ialah hanya segelintir sahaja yang menyebut Gaza dalam konteks ini.
ZIONIS GELAP MATA
Ahli geologi dan ahli ekonomi telah mengesahkan bahawa wilayah Palestin yang diduduki terletak di atas takungan kekayaan minyak dan gas asli yang besar, di Kawasan C Tebing Barat dan pantai Mediterranean di luar Genting Gaza.
Penemuan baharu gas asli di Lembangan Levant berada dalam julat 122 trilion kaki padu manakala minyak yang boleh diperoleh semula dianggarkan sebanyak 1.7 bilion tong, menurut kajian yang bertajuk “Kos Ekonomi Pendudukan untuk Rakyat Palestin: Minyak Yang Tidak Disedari dan Potensi Gas Asli.”
Menurut kajian UNCTAD, rizab minyak dan gas asli itu mampu memberi keuntungan sehingga AS$524 bilion (RM2.45 trilion).
Tambah kajian itu, dana tersebut boleh membiayai pembangunan sosioekonomi dalam wilayah Palestin.
Bagaimanapun, setakat ini rakyat Palestin dilarang mengeksploitasi rizab minyak serta gas di tanah dan perairan mereka sendiri oleh rejim Zionis, perbuatan yang jelas melanggar undang-undang antarabangsa.
MANIPULASI TOTAL TEL AVIV
Minat untuk meneruskan pembangunan medan Marin Gaza muncul pada 2022 berikutan perang antara Rusia dan Ukraine, pemusnahan Saluran Paip Nord Stream dan sekatan yang dikenakan ke atas Rusia yang menyebabkan krisis tenaga global.
Mesyuarat bersama telah diadakan antara pegawai Israel, Amerika Syarikat (AS), Mesir, Jordan dan Palestin untuk membincangkan projek itu yang telah diberi kebenaran oleh Netanyahu berikutan pemilihan semulanya.
Pada 18 Jun, Israel memberikan kelulusan awal untuk pembangunan medan gas di luar pantai Gaza, dengan Netanyahu mendakwa kemajuan akan bergantung pada "memelihara keamanan dan keperluan diplomatik negara Israel" dan penyelarasan dengan Pihak Berkuasa Palestin dan negara jiran, Mesir.
Pada masa sama, pegawai Hamas Ismail Rudwan memberitahu Reuters: "Kami mengesahkan bahawa rakyat kami di Gaza mempunyai hak ke atas sumber asli mereka."
Rizab gas yang belum diterokai ini adalah satu lagi peluang ekonomi yang hilang untuk Gaza, yang mana ekonominya telah hancur akibat pengepungan yang dikenakan oleh Israel selepas berlakunya pengambilalihan kuasa oleh Hamas pada tahun 2006.
Hari ini, minyak dan gas asli tersebut masih kekal terperangkap 600 meter di bawah paras laut, tersembunyi dari rakyat Palestin dan inilah yang Israel mahukan. - Agensi
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Dec 13 2023
![Israel mahu curi dan bolot rizab minyak Gaza Israel mahu curi dan bolot rizab minyak Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71702444674_TBGaza.jpg)
Rakyat Palestin berhimpun pada 13 September tahun lalu untuk menuntut hak gas asli di Mediterranean di luar Genting Gaza dan pembinaan laluan laut yang akan menghubungkan dunia luar. - Foto Agensi
AWANI Borneo [07/07/2024] - Tiada kemalangan jiwa | PRN Sabah | Maal Hijrah 2024
Awani Borneo 7 Julai 2024 bersama Jasmine Abu Bakar;
1. Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
2. Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shadie Apdal
3. Yang di-Pertuan Agong gesa kerajaan tingkat kuatkuasa kandungan ajaran sesat
1. Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
2. Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shadie Apdal
3. Yang di-Pertuan Agong gesa kerajaan tingkat kuatkuasa kandungan ajaran sesat
![Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720350574_ExistsUngu.jpg)
Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini
Bakal berlangsung selama 3 jam setengah ini, konsert ini akan dipenuhi dengan lagu-lagu hit daripada dua buah kumpulan ini.
Urus tadbir perlu bersifat telus, ambil kira cabaran rakyat
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mahu urus tadbir wilayah itu sentiasa mengambil kira cabaran yang dihadapi oleh manusia sejagat.
Pendekatan agresif noktahkan miskin tegar di Sabah
Kerajaan Negeri Sabah terus mengambil pendekatan bersifat agresif bagi menoktahkan isu miskin tegar di Sabah.
Graduan Iban pertama Universiti Al-Azhar penerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak 1446H
Graduan Iban pertama yang melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar di Kaherah, Mesir antara 14 penerima yang menerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak pada Majlis Perhimpunan Ma’al Hijrah Peringkat Sarawak Tahun 1446H/2024M di Hikmah Exchange Event Centre, Kuching hari ini.
![Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720347946_Badminton.jpg)
Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia
Beregu lelaki negara Kang Khai Xing-Aaron Tai gagal mengakhiri kemarau kejuaraan selama tujuh tahun Malaysia di Kejohanan Badminton Remaja Asia.
Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shafie
Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal memberitahu parti berasal dari Sarawak tidak perlu memasuki Sabah untuk mengukuhkan kerjasama blok borneo.
Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
Dua buah rumah jenis separuh kekal musnah dalam kebakaran di Kampung Lembai Permai, Kundasang pada Ahad.
KKM peruntukkan RM21.5 juta naik taraf 58 klinik daif Sabah
KKM memperuntukkan RM21.5 juta untuk menaik taraf 58 klinik kesihatan daif di seluruh negeri Sabah.
![Tuntutan Filipina: Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia - Mohamad Tuntutan Filipina: Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720338475_TokMatseremban.jpg)
Tuntutan Filipina: Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia - Mohamad
Menteri Luar mengesahkan Malaysia telah menyerahkan nota diplomatik kepada PBB bagi menegaskan kedaulatan negara ini, susulan tuntutan Filipina terhadap Sabah.
![Malaysia akan terus lantang dalam isu Palestin - Mohamad Malaysia akan terus lantang dalam isu Palestin - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718700159_TBtokmatjpg.jpg)
Malaysia akan terus lantang dalam isu Palestin - Mohamad
Malaysia akan terus lantang bersuara di setiap pentas dunia agar pembunuhan kejam rakyat Palestin dihentikan serta gencatan senjata di Gaza kekal, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
![Angka kematian di Gaza meningkat kepada 37,337 orang Angka kematian di Gaza meningkat kepada 37,337 orang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716073132_Israelistrike.jpg)
Angka kematian di Gaza meningkat kepada 37,337 orang
Bilangan mangsa yang cedera di Gaza pula mencecah 85,229 orang selain 10,000 orang masih hilang dipercayai maut di bawah runtuhan bangunan.
![Demonstrasi di depan kedutaan AS di Jakarta nyatakan sokongan untuk Palestin Demonstrasi di depan kedutaan AS di Jakarta nyatakan sokongan untuk Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717235966_solidarity.jpg)
Demonstrasi di depan kedutaan AS di Jakarta nyatakan sokongan untuk Palestin
Ribuan individu berkumpul di luar Kedutaan Amerika Syarikat di Jakarta Pusat menuntut keadilan dan tindakan sokongan untuk Palestin.
![AS desak Israel lindungi nyawa penduduk awam Palestin AS desak Israel lindungi nyawa penduduk awam Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51717028003_tbGazacivilian.jpg)
AS desak Israel lindungi nyawa penduduk awam Palestin
Timbalan Duta Amerika ke PBB, Robert Wood mendesak Israel melindungi nyawa penduduk awam Palestin di Gaza.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Dron GAZA buatan Iran jadi tumpuan di DSA Dron GAZA buatan Iran jadi tumpuan di DSA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715088992_replicadrone.jpg)
Dron "GAZA" buatan Iran jadi tumpuan di DSA
Replika dron buatan Iran, Shahed-149, mencuri tumpuan pengunjung di Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024.
![Konflik di Gaza terus jadi perang terhadap wanita - UNRWA Konflik di Gaza terus jadi perang terhadap wanita - UNRWA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81714806926_Palestiniansevacuat.jpg)
Konflik di Gaza terus jadi "perang terhadap wanita" - UNRWA
Israel terus menyasarkan wanita dalam serangan tanpa henti rejim Zionis di Semenanjung Gaza, kata UNRWA.
![Anwar zahir rasa kecewa dengan perkembangan mutakhir di Gaza Anwar zahir rasa kecewa dengan perkembangan mutakhir di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81714553711_TBANWARPUTRAJAYAjp.jpg)
Anwar zahir rasa kecewa dengan perkembangan mutakhir di Gaza
Anwar berkata isu kemanusiaan di Gaza kerap disuarakannya setiap pertemuan dengan mana-mana pemimpin antarabangsa.
![200 hari menyerang Gaza, Israel rancang serang Rafah yang bakal memburukkan keadaan 200 hari menyerang Gaza, Israel rancang serang Rafah yang bakal memburukkan keadaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712533378_KhanYounis.jpg)
200 hari menyerang Gaza, Israel rancang serang Rafah yang bakal memburukkan keadaan
Sejak Oktober tahun lepas, tentera Israel telah membunuh 34,183 warga Palestin dan mencederakan lebih 77,000 yang lain.
![OIC gesa siasatan jenayah dilakukan terhadap Israel berhubung tahanan Palestin OIC gesa siasatan jenayah dilakukan terhadap Israel berhubung tahanan Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707478900_TBpolicedog.jpg)
OIC gesa siasatan jenayah dilakukan terhadap Israel berhubung tahanan Palestin
Jumlah tahanan Palestin dilaporkan lebih 9,500 orang, termasuk 80 tahanan wanita dan lebih 200 kanak-kanak.