TEL AVIV: Tentera Israel melancarkan serangan udara ke atas bandar Jenin di Palestin pada awal pagi Isnin yang menyasarkan infrastruktur penduduk Palestin, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Serangan udara itu yang mengakibatkan sekurang-kurangnya seorang warga Palestin terbunuh, menandakan serangan besar-besaran dengan nama kod "Rumah dan Taman", menurut laporan media Israel.
Kem pelarian Jenin, yang disifatkan oleh tentera sebagai kubu kuat pejuang Palestin juga menjadi sasaran serangan.
"Kami tidak akan berdiam diri sementara pejuang Palestin terus mencederakan orang awam menggunakan Kem Jenin sebagai tempat persembunyian," ciap Pasukan Pertahanan Israel (IDF).
Menurut The Jerusalem Post, agensi perisikan domestik Shin Bet Israel berkata serangan udara itu mengenai pusat arahan dan komunikasi yang digunakan sebagai depoh senjata, pusat perhimpunan pejuang Palestin dan pos pemerhatian, serta sasaran lain.
Menurut laporan itu, terdapat gangguan bekalan elektrik di seluruh Jenin.
Menurut laporan Palestin, askar Israel memasuki bandar itu sejurus selepas serangan udara dan bertempur dengan pejuang kemerdekaan Palestin.
Jenin, di utara Tebing Barat muncul sebagai kubu kuat pejuang kemerdekaan Palestin. Bandar itu sering menyaksikan konfrontasi maut antara tentera Israel dan pejuang kemerdekaan Palestin.
Selepas serangan oleh dua rakyat Palestin yang mengakibatkan kematian ke atas empat warga Israel di Tebing Barat dua minggu lalu, berlaku keganasan besar-besaran berulang oleh peneroka Israel terhadap penduduk Palestin.
Sejak itu, tentera Israel melakukan lebih banyak serbuan di Tebing Barat, menyebabkan pertempuran berulang antara penduduk Palestin dan tentera Israel.
Sejak awal tahun ini, lebih 130 rakyat Palestin terbunuh dalam konfrontasi dengan tentera Israel. Dalam tempoh yang sama, 22 warga Israel, seorang wanita Ukraine dan seorang warga Itali terbunuh dalam serangan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 03 2023
Kem pelarian Jenin, yang disifatkan oleh tentera sebagai kubu kuat pejuang Palestin juga menjadi sasaran serangan. - Fail/AP
Sidang Parlimen: Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan antara tumpuan hari ini
Isu pengurusan rumah pangsa kos rendah dan kuarters penjawat awam antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Serangan Israel di Beirut Tengah ragut 29 nyawa
Sumber keselamatan Lubnan melaporkan bahawa serangan pada 23 November itu menggunakan bom pemusnah 'bunker'.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Iran kecam serangan Israel, tegaskan hak untuk pertahankan diri
Kementerian Luar Iran menyifatkan serangan itu sebagai pelanggaran terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa dan Piagam PBB.
Tentera Israel tahan petugas perubatan, pesakit di hospital utara Gaza
Pasukan tentera Israel telah menahan semua petugas perubatan lelaki, selain individu yang cedera dan pesakit dari Hospital Kamal Adwan.
Jordan selar peneroka Israel “serbu” pekarangan Masjid Al-Aqsa
Serbuan itu merupakan pelanggaran terang-terangan undang-undang antarabangsa, status quo sejarah dan undang-undang di Baitulmaqdis.
Puluhan Ahli Parlimen desak kerajaan UK hentikan semua eksport ketenteraan ke Israel
Dalam usul awal, Ahli Parlimen itu berkata penerimaan resolusi PBB itu mengenakan kewajipan baharu kepada kerajaan.
Wartawan Palestin berusia 19 tahun dibunuh tentera Israel selepas terima ancaman
Hassan Hamad terbunuh dalam serangan ke atas rumahnya di kem Jabalia, menjadikan jumlah wartawan yang terbunuh meningkat kepada 175 orang.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
“Israel boleh serang di mana-mana sahaja di Asia Barat” - Ketua IDF
Tentera Israel juga didakwa tahu bagaimana untuk menyerang dengan tepat dan dengan kekuatan.
Tentera Israel lengkap bersenjata serbu, arah pejabat Al Jazeera di Ramallah ditutup
Rejim Zionis sampaikan perintah penutupan rangkaian berita itu selama 45 hari.
Lebih 10,700 warga Palestin ditahan di Tebing Barat sejak 7 Okt
Pasukan penjajah Israel menahan sekurang-kurangnya 30 orang termasuk bekas tawanan di Tebing Barat dalam tempoh 24 jam yang lalu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.