Ringkasan AI
- Tentera Israel didakwa melakukan pembunuhan beramai-ramai di Jabaliya, utara Gaza.
- Rakyat di Jabaliya dibunuh secara berkumpulan atau individu dalam tindakan yang digambarkan sebagai sadis dan kejam.
- Tindakan ini didakwa dilakukan dengan sokongan dan senjata dari negara-negara Barat.
"Saat kita berbicara, menulis, tweet dan menangis, tentera Israel melakukan satu lagi pembunuhan beramai-ramai di utara Gaza," kata Albanese dalam satu hantaran di platform X, seperti yang dipetik oleh Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).
Beliau menjelaskan bahawa rakyat di Jabaliya dibunuh sama ada secara berkumpulan atau secara individu, dalam tindakan sadis dan kejam yang sukar dibayangkan.
Tindakan ini dilakukan oleh warga Israel yang bersetuju menjadi 'pembunuh sukarela', menjadi sebahagian daripada rancangan genosid, menggunakan senjata buatan Barat dan dengan sokongan daripada negara-negara Barat.
"Sukar untuk dipercayai bahawa kita tahu apa yang sedang dilakukan Israel, namun kita semua tidak mampu menghentikannya.
"Jika dibandingkan dengan keadaan 100 tahun lalu, tidak banyak kemajuan yang telah dicapai," katanya.
-- BERNAMA