Wassem didakwa dibunuh dalam satu serangan menembak dan mengebom di wilayah Palestin. - Foto X/Jason Brodsky
JENIN: Tentera Israel mendakwa pasukannya di sempadan telah berjaya membunuh Wassem Hazem iaitu ketua Hamas di Jenin pada Jumaat.
Wassem didakwa dibunuh dalam satu serangan menembak dan mengebom di wilayah Palestin.
Rakaman kamera kereta dan topi keledar yang dikeluarkan oleh polis Israel menunjukkan satu kenderaan berhenti dalam satu pertempuran.
Pembunuhan Wassem dilakukan oleh pegawai Israel yang menyamar.
Dua lagi anggota Hamas yang cuba melarikan diri dari kereta yang mereka naiki telah dibunuh menggunakan dron.
Senjata, bahan letupan dan sejumlah besar wang tunai ditemui di dalam kenderaan itu, dakwa Israel.
1,200 peserta program Larian Rimba Kita
Memasuki tahun kedua, program Larian Rimba Kita berlangsung meriah pada pagi ini, menyaksikan Taman Wetland Putrajaya dibanjiri lebih 1,200 peserta mengambil bahagian.
Program larian anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia ini bermula pada jam 7.15 pagi dengan sesi memanaskan badan berlangsung selama 30 minit bersama Didi & Friends, Abang Paan, Tong Tong, Doo Doo dan Coco.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings, Euan Daryl Smith ketika ditemui memaklumkan gembira melihat penyertaan luar biasa peserta pada pagi ini.
Ikuti laporan penuh bersama Faida Rahim.