ISRAEL telah bersetuju untuk memulakan penghentian serangan selama 4 jam setiap hari di utara Gaza bagi membolehkan rakyat Palestin melarikan diri, umum White House, dalam apa yang disifatkan sebagai langkah ke arah yang betul.
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara John Kirby, berkata gencatan kemanusiaan pertama akan diumumkan pada Khamis, memetik laporan Al Jazeera.
Beliau menambah Israel komited dalam mengumumkan penghentian serangan itu sekurang-kurangnya tiga jam sebelum ia berlaku.
"Kami diberitahu oleh pihak Israel tidak akan ada operasi ketenteraan ketika penghentian serangan itu dan proses berkenaan akan bermula hari ini (Khamis)," katanya.
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden memberitahu pemberita, beliau telah meminta Israel "penghentian lebih dari 3 hari" semasa rundingan diadakan bagi membebaskan tebusan yang ditahan pejuang Hamas.
Namun Biden menolak kemungkinan akan berlaku gencatan senjata sepenuhnya.
Kirby menjelaskan tidak akan ada gencatan senjata antara Israel dan Hamas sebelum menambah tindakan itu akan "mengesahkan apa yang mereka lakukan" pada 7 Oktober, "dan kami tidak akan membenarkan ia berlaku ketika ini".
Biden telah meminta Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu untuk melaksanakan penghentian harian dalam perbualan telefon pada Isnin.
Biden turut ditanya jika beliau kecewa dengan Netanyahu dalam menangguhkan gencatan kemanusiaan, beliau berkata, "Ia berlaku lebih lewat daripada apa yang saya harapkan."
Sementara itu Israel berkata ia tidak bersetuju kepada gencatan senjata namun akan membenarkan penghentian sementara bagi membolehkan bantuan kemanusiaan masuk ke kawasan tertentu.
"Tiada gencatan senjata, saya ulangi tiada gencatan senjata. Apa yang kami lakukan, penghentian sementara selama 4 jam, adalah untuk bantuan kemanusiaan," kata jurucakap tentera Israel, Richard Hecht.
Penasihat politik kepada ketua Hamas Ismail Haniyeh, Taher al-Nono berkata pada Khamis rundingan masih diteruskan namun tiada kata putus telah dipersetujui dengan Israel setakat ini.
Astro Awani
Thu Nov 09 2023

Rakyat Palestin mencari mangsa yang terselamat di bawah runtuhan bangunan susulan serangan udara tentera rejim Zionis Israel ke atas kem pelarian Jabaliya di Gaza. - Foto AP

Kuwait kutuk tindakan Israel putuskan bekalan elektrik di Gaza
Kuwait menyifatkan tindakan ini sebagai pelanggaran hak asasi dan undang-undang antarabangsa.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

Kuwait kutuk tindakan Israel putuskan bekalan elektrik di Gaza
Kuwait menyifatkan tindakan ini sebagai pelanggaran hak asasi dan undang-undang antarabangsa.

Israel bunuh empat rakyat Palestin di Gaza
Dakwa tentera Israel, serangan udara itu menyasarkan "pengganas yang terlibat dalam aktiviti mencurigakan" di tengah Gaza.

Lebih 12,000 wanita jadi korban keganasan Israel di Gaza - Kementerian
Konflik di Gaza menyebabkan 12,298 wanita terkorban akibat serangan udara dan serangan tentera Israel.

Israel tidak hormat Ramadan, sasar masjid di Tebing Barat
Masjid tersebut hangus dan sebahagiannya terbakar selepas operasi ketenteraan yang dilaporkan berlaku antara pukul 2 pagi dan 6.30 pagi.

9,500 rakyat Palestin masih ditahan di penjara Israel
3,405 rakyat Palestin ditahan tanpa tuduhan atau perbicaraan di bawah dasar kontroversi Israel yang dikenali sebagai tahanan pentadbiran.

Gabungan NGO anjur Himpunan Hari Al-Quds, serah nota bantahan ke Kedutaan AS
Perhimpunan Hari Al-Quds Antarabangsa di depan Kedutaan Amerika Syarikat pada 28 Mac.

Peneroka haram Israel tingkatkan pencerobohan masjid Al-Aqsa ketika Ramadan
Peneroka haram Israel meningkatkan pencerobohan ke dalam kompleks Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur yang diduduki sepanjang bulan suci Ramadan.

Israel tidak mahu gencatan senjata, takut hilang kelebihan dalam rundingan dengan Hamas - Penganalisis
Israel dilihat tidak mempunyai sebarang hasrat untuk memastikan keamanan yang kekal di Palestin.

Israel harus dipaksa bayar kos pembinaan semula Gaza - Putera Turki Al-Faisal
"Kita tidak boleh menerima keadaan setiap kali kita bina semula Gaza atau Tebing Barat, Israel datang dan merobohkan apa yang telah dibina semula."

Tahanan Palestin rindu solat di Masjid Al-Aqsa
Warga Palestin, Hamza al-Kalouti, menyifatkan kegembiraan selepas dibebaskan tidak lengkap apabila dia tidak dibenarkan masuk untuk beribadah di Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis pada Sabtu.