TEHRAN: Badan kehakiman Iran menjatuhkan hukuman penjara 40 tahun dan 74 sebatan kepada seorang warga Belgium membabitkan empat pertuduhan, termasuk pengintipan dan beberapa jenayah kewangan.
Olivier Vandecasteele ditahan pada Februari tahun lalu oleh agensi keselamatan Iran, dan dijatuhi hukuman pada Selasa atas empat pertuduhan, lapor Agensi Anadolu memetik Mizan News.
Bagi dua pertuduhan utama iaitu "mengintip untuk agensi perisikan asing" dan "bekerjasama dengan Barat yang bermusuhan dengan negara Iran", bekas pekerja bantuan berusia 41 tahun itu berdepan hukuman penjara selama 12.5 tahun.
Pertuduhan lain termasuk "penyeludupan profesional mata wang asing" berjumlah US$500,000, dan dia dijatuhi hukuman penjara 2.5 tahun dan 74 sebatan.
Dia juga didakwa melakukan pengubahan wang haram dengan jumlah yang sama, menjadikan hukuman penjara secara keseluruhan selama 40 tahun.
Hukuman itu boleh dicabar di mahkamah rayuan dalam tempoh 20 hari bekerja, menurut badan kehakiman.
Pada bulan lalu, ahli keluarga Vandecasteele berkata mereka telah dimaklumkan semasa pertemuan dengan perdana menteri Belgium bahawa dia akan dijatuhi hukuman penjara 28 tahun.
Warganegara Belgium itu yang sebelum ini bekerja untuk Majlis Pelarian Norway, mengaku tidak bersalah dan pihak berkuasa di Belgium juga telah menyifatkan pemenjaraannya sebagai tidak sah.
Menteri Luar Belgium Hadja Lahbib, bertindak balas terhadap hukuman itu di Twitter sambil berkata duta Iran ke Brussels akan dipanggil sebagai tanda protes.
Minggu lalu, jurucakap badan kehakiman Masoud Setayeshi berkata dakwaan telah dikeluarkan terhadap warga Belgium itu pada 9 November atas tuduhan pengintipan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 11 2023

Badan kehakiman Iran menjatuhkan hukuman penjara 40 tahun dan 74 sebatan kepada seorang warga Belgium membabitkan empat pertuduhan. - Foto Twitter/@NickSotoudeh

322 rakyat Palestin terbunuh atau hilang dalam tempoh 5 jam selepas serangan Israel
Tentera Israel mendakwa mereka menyasarkan serangan ke atas Hamas, manakala Hamas menuduh Israel memungkiri perjanjian gencatan senjata.

Anggota JPJ dipenjara setahun, denda RM80,000 rasuah rakan penguat kuasa
Seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dihukum penjara setahun dan denda RM80,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini atas lapan pertuduhan memberi rasuah, enam tahun lepas.

Kuih bongkol, juadah utama berbuka puasa di Sarawak
Kuih bongkol dibungkus dengan daun pisang sebelum dikukus untuk memberikan aroma semula jadi yang menambat selera.

Polis bongkar makmal dadah, rampas RM14.46 juta
Polis turut berjaya membongkar sebuah kilang yang dijadikan tempat penyimpanan pelbagai bahan dan peralatan memproses dadah di sebuah kawasan perindustrian.

Korea Utara kecam serangan baharu AS di Yaman
Korea Utara mengecam serangan terbaharu Amerika Syarikat ke atas Yaman serta menyifatkan tindakan itu melanggar undang-undang antarabangsa dan kedaulatan sesebuah negara.
Anggota JPJ lindungi syarikat lori dipenjara setahun, denda RM80,000
Seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dijatuhi hukuman penjara setahun dan denda RM80,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas pertuduhan membri rasuah kepada anggota lain bagi melindungi kesalahan pengusaha lori, enam tahun lalu.

Amaran hujan berterusan di Sarawak, Pahang, Johor dan Sabah
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi myCuaca, dan talian hotline 1-300-22-1638.
[TERKINI] Polis akan rujuk kertas siasatan insiden tampar kepada pendakwa raya sebelum Jumaat ini
Polis akan merujuk kertas siasatan berhubung insiden seorang warga emas menampar pemuda bukan Islam ketika sedang makan di sebuah kedai serbaneka di sebuah pusat membeli belah kepada Timbalan Pendakwa Raya sebelum Jumaat ini.
[TERKINI] Penuntut universiti direman enam hari tikam bekas kekasih
Seorang remaja lelaki direman enam hari bagi membantu siasatan kes mencederakan seorang penuntut perempuan sebuah universiti.

Google lancar SpeciesNet – Model AI untuk kenal pasti spesies haiwan liar
Sebanyak 65 juta gambar haiwan liar sumber terbuka digunakan Google untuk melatih SpeciesNet.

Iran jatuhkan hukuman penjara 40 tahun terhadap rakyat Belgium
Olivier Vandecasteele ditahan pada Februari tahun lalu oleh agensi keselamatan Iran, dan dijatuhi hukuman pada Selasa atas empat pertuduhan.