Gempa bumi berukuran 4.2 magnitud menggegarkan Alborz, utara Iran mengorbankan satu nyawa dan mencederakan 57 yang lain.

Media tempatan melaporkan, gegaran dikesan pada kedalaman 12 km, berpusat sekitar 39 km barat Tehran.

Pihak berkuasa turut bertindak menutup beberapa buah sekolah di Karaj dan kawasan barat Tehran.