KUALA LUMPUR: Presiden Kesatuan Ulama Sedunia, Prof Dr Sheikh Ali Muhyiddin Al-Qaradaghi mengingatkan bahawa sesebuah institusi zakat harus diurus secara telus bagi menyelesaikan masalah kemiskinan umat Islam di sesebuah negara.
Sheikh Ali Muhyiddin berkata, kutipan zakat di seluruh dunia dianggarkan mencecah sehingga USD4 billion setahun dan jumlah itu sepatutnya boleh menghapuskan masalah kemiskinan dalam masa sekurang-kurangnya 10 tahun.
"Namun apakah punca dengan dana yang sebegitu besar kita masih tidak dapat selesaikan isu kemiskinan? Saya boleh memberi dua kesimpulan iaitu kutipan dan agihan zakat dilaksanakan secara tidak sahih," katanya.
Beliau berkata demikian ketika melakukan kunjungan ke Ibu Pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), di sini hari ini sempena lawatan rasminya selama lapan hari ke Malaysia atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam lawatan itu, beliau turut diberikan taklimat mengenai pengoperasian MAIWP sebelum berkongsi maklumat tentang projek Kafi, satu inisiatif yang sedang dilaksanakan di beberapa negara Afrika, untuk mengumpulkan dana zakat beberapa organisasi bagi membolehkannya digunakan secara efektif bagi menolong umat Islam yang memerlukan.
Projek itu, katanya, merangkumi mekanisme untuk membantu asnaf yang memerlukan pertolongan dalam memajukan hidup serta menyediakan dana seakan-akan takaful bertujuan melindungi mereka yang berhutang.
Sheikh Ali Muhyiddin turut menyatakan kesediaan berkongsi pengalaman mengendalikan projek itu dengan MAIWP bagi membantu menyempurnakan idea pemerkasaan ekonomi di Malaysia.
"Melalui projek Kafi, kita bekerjasama dengan institusi zakat dan institusi-institusi lain untuk melengkapkan kepakaran, mendapat manfaat dan insya-Allah mereka akan mendapat manfaat daripada kita," katanya.
Sementara itu, Pengerusi MAIWP, Syed Kamarulzaman Syed Kabeer dalam ucapannya berkata, kunjungan Sheikh Ali Muhyiddin memberi suntikan semangat kepada pihaknya untuk mengukuhkan usaha mempromosi pendidikan Islam, kebajikan sosial dan pembangunan masyarakat di Wilayah Persekutuan serta Malaysia secara amnya.
Beliau berkata, pihaknya sangat menghargai pandangan, pesanan dan panduan bijaksana diberikan Sheikh Ali Muhyiddin yang merupakan pakar dalam bidang ekonomi dan perbankan Islam berkenaan urusan kutipan dan agihan zakat serta wakaf di Wilayah Persekutuan.
Dalam lawatan itu, Sheikh Ali Muhyiddin turut menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Pusat Pungutan Zakat MAIWP bagi bekerjasama dalam menterjemah, mencetak dan menerbit bahan-bahan penulisannya berkaitan zakat dan wakaf ke dalam Bahasa Melayu.
Ia bertujuan memperbanyak khazanah ilmu sehingga mampu melahirkan tenaga mahir di kalangan rakyat negara ini khususnya dalam bidang zakat dan wakaf. - BERNAMA
Bernama
Tue Jul 09 2024
Sheikh Ali Muhyiddin (tengah) menyampaikan ucapan ketika mengadakan kunjungan hormat sempena lawatan rasminya ke Malaysia di Ibu Pejabat MAIWP, pada Selasa. Turut hadir Pengerusi MAIWP Syed Kamarulzaman Syed Kabeer (kiri). - Gambar Bernama
Karnival Baca Perdana 2024: Pemacu perpaduan dan pembudayaan ilmu
Karnival Baca Perdana 2024 anjuran Kementerian Perpaduan Negara melalui Perpustakaan Negara Malaysia dijangka menjadi jambatan penghubung masyarakat berbilang kaum melalui buku dan bahan bacaan.
Belanjawan 2025: Dasar fiskal dijangka terus mengembang untuk sokong kos sara hidup
Belanjawan 2025 dijangka meneruskan dasar fiskal yang mengembang dengan pelaksanaan pemindahan tunai (cash transfer) untuk membantu rakyat menghadapi kos sara hidup. Ketua Ekonomi, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, turut menjangkakan langkah-langkah untuk merangsang pertumbuhan sektor strategik seperti elektronik dan tenaga boleh diperbaharui akan diperkenalkan, memastikan pertumbuhan ekonomi yang lebih produktif.
Ketegangan Israel-Iran tingkatkan risiko peperangan lebih luas - Pakar
7 Okt, menandakan setahun serangan besar-besaran Israel ke atas Gaza dan menyebabkan lebih 41,000 kematian rakyat Palestin.
Isu Myanmar, Laut China Selatan dijangka latari Sidang Kemuncak ASEAN
Bertemakan ASEAN: Enhancing Connectivity and Resilience, pastinya isu-isu yang melatari blok ini akan menjadi fokus utama kesemua pemimpin.
Sebutan semula kes bunuh Farah Kartini pada 10 Disember ini
Sebutan semula kes pada 10 Disember dibuat selepas pihak pendakwaan masih lagi menunggu laporan kimia dan bedah siasat yang belum lengkap.
Pakaian tidak senonoh ketika larian, dua pelancong didenda
Dua pelancong asing didenda RM5,000 kerana berpakaian menjolok mata ketika Larian Antarabangsa Pan Asia di Kota Tinggi, Johor.
Nidzam puas hati tapi mahu kemenangan jadi satu kebiasaan buat Selangor
Ketua Jurulatih Selangor FC Nidzam Jamil berpuas hati dengan persembahan dan kedudukan pasukan bimbingannya dalam kesemua kejohanan sebelum jendela perlawanan antarabangsa FIFA dari 7-15 Okt ini.
Kawasan rendah, parit penuh rumput cepatkan kenaikan air
Hujan lebat melebihi kebiasaan, kawasan yang rendah, serta sistem perparitan yang ditumbuhi rumput, menjadi faktor berlakunya banjir di kawasan Simpang Renggam, Johor.
Johor tukar semula pada Sabtu dan Ahad bermula 2025
Cuti hujung minggu di Johor akan ditukar kembali kepada hari Sabtu dan Ahad bermula tahun hadapan, perubahan itu akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2025.
Kekejaman Zionis: WMCQP ketuai NGO Malaysia, desak AS hentikan sikap munafik
MWCQP pada Isnin, mengetuai beberapa NGO, menggesa AS untuk menghentikan sikap hipokrit dan sentiasa melindungi rejim Zionis Israel
Institusi zakat harus diurus dengan telus - Sheikh Ali Muhyiddin
Sesebuah institusi zakat harus diurus secara telus bagi menyelesaikan masalah kemiskinan umat Islam di sesebuah negara.
Kaedah pengagihan zakat perlu ditambah baik - Idris
"Saya mengharapkan kita yang mencari bukannya mereka (asnaf) yang datang meminta."