KUALA LUMPUR: Presiden Kesatuan Ulama Sedunia, Prof Dr Sheikh Ali Muhyiddin Al-Qaradaghi mengingatkan bahawa sesebuah institusi zakat harus diurus secara telus bagi menyelesaikan masalah kemiskinan umat Islam di sesebuah negara.
Sheikh Ali Muhyiddin berkata, kutipan zakat di seluruh dunia dianggarkan mencecah sehingga USD4 billion setahun dan jumlah itu sepatutnya boleh menghapuskan masalah kemiskinan dalam masa sekurang-kurangnya 10 tahun.
"Namun apakah punca dengan dana yang sebegitu besar kita masih tidak dapat selesaikan isu kemiskinan? Saya boleh memberi dua kesimpulan iaitu kutipan dan agihan zakat dilaksanakan secara tidak sahih," katanya.
Beliau berkata demikian ketika melakukan kunjungan ke Ibu Pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), di sini hari ini sempena lawatan rasminya selama lapan hari ke Malaysia atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam lawatan itu, beliau turut diberikan taklimat mengenai pengoperasian MAIWP sebelum berkongsi maklumat tentang projek Kafi, satu inisiatif yang sedang dilaksanakan di beberapa negara Afrika, untuk mengumpulkan dana zakat beberapa organisasi bagi membolehkannya digunakan secara efektif bagi menolong umat Islam yang memerlukan.
Projek itu, katanya, merangkumi mekanisme untuk membantu asnaf yang memerlukan pertolongan dalam memajukan hidup serta menyediakan dana seakan-akan takaful bertujuan melindungi mereka yang berhutang.
Sheikh Ali Muhyiddin turut menyatakan kesediaan berkongsi pengalaman mengendalikan projek itu dengan MAIWP bagi membantu menyempurnakan idea pemerkasaan ekonomi di Malaysia.
"Melalui projek Kafi, kita bekerjasama dengan institusi zakat dan institusi-institusi lain untuk melengkapkan kepakaran, mendapat manfaat dan insya-Allah mereka akan mendapat manfaat daripada kita," katanya.
Sementara itu, Pengerusi MAIWP, Syed Kamarulzaman Syed Kabeer dalam ucapannya berkata, kunjungan Sheikh Ali Muhyiddin memberi suntikan semangat kepada pihaknya untuk mengukuhkan usaha mempromosi pendidikan Islam, kebajikan sosial dan pembangunan masyarakat di Wilayah Persekutuan serta Malaysia secara amnya.
Beliau berkata, pihaknya sangat menghargai pandangan, pesanan dan panduan bijaksana diberikan Sheikh Ali Muhyiddin yang merupakan pakar dalam bidang ekonomi dan perbankan Islam berkenaan urusan kutipan dan agihan zakat serta wakaf di Wilayah Persekutuan.
Dalam lawatan itu, Sheikh Ali Muhyiddin turut menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Pusat Pungutan Zakat MAIWP bagi bekerjasama dalam menterjemah, mencetak dan menerbit bahan-bahan penulisannya berkaitan zakat dan wakaf ke dalam Bahasa Melayu.
Ia bertujuan memperbanyak khazanah ilmu sehingga mampu melahirkan tenaga mahir di kalangan rakyat negara ini khususnya dalam bidang zakat dan wakaf. - BERNAMA
Bernama
Tue Jul 09 2024
Sheikh Ali Muhyiddin (tengah) menyampaikan ucapan ketika mengadakan kunjungan hormat sempena lawatan rasminya ke Malaysia di Ibu Pejabat MAIWP, pada Selasa. Turut hadir Pengerusi MAIWP Syed Kamarulzaman Syed Kabeer (kiri). - Gambar Bernama
Duta Palestin ke UK alu-alukan waran tangkap terhadap Netanyahu, gesa akauntabiliti penuh
Duta Husam Zomot menyifatkan waran tangkap itu sebagai langkah ke arah pertanggungjawaban dan keadilan untuk Palestin.
Pulau Pinang digesa laksana aktiviti bernilai tinggi untuk kekal kompetitif - Chow
Chow berkata pelaksanaan itu bagi memastikan Pulau Pinang terus berdaya saing dalam pasaran semikonduktor global.
Pejabat Hak Asasi Manusia PBB sokong ICC keluar waran tangkap terhadap Netanyahu, Gallant
Kami menghormati kebebasan dan kompetensi Mahkamah Jenayah Antarabangsa di bawah Statut Rom, kata Jeremy Laurence.
LHDN komited tingkat pematuhan cukai menerusi audit dan siasatan
Hisham berkata, kesemua tindakan itu dilaksanakan mengikut undang-undang yang ditetapkan.
Bank Indonesia beku akaun bank dikaitkan dengan perjudian dalam talian
Penyedia perkhidmatan pembayaran mesti mempunyai sistem pengesanan untuk mengenal pasti akaun yang digunakan untuk transaksi penipuan.
COP29: Penyertaan Malaysia beri kemajuan terhadap matlamat pelepasan karbon sifar bersih
Malaysia buka inisiatif inovatif dan pelaburan besar untuk membolehkan negara melangkah lebih jauh ke arah menjadi negara pelepasan karbon sifar bersih.
KPM fokus enam bidang utama capai standard global Pelan Pembangunan Pendidikan
Kementerian Pendidikan akan meningkatkan usaha mencapai standard global yang telah termeterai dalam kerangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.
Perak bentang Belanjawan 2025 Jumaat depan
Perak akan membentangkan Belanjawan Negeri 2025 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan diadakan pada 29 Nov hingga 5 Dis ini.
ISTAF cadang kurangkan pengadil menerusi teknologi baharu
ISTAF bakal membawa cadangan untuk mengurangkan jumlah pengadil dalam perlawanan serta memberikan pengadil kuasa untuk memanggil challenge (cabaran) sebagai langkah penambahbaikan.
Institusi zakat harus diurus dengan telus - Sheikh Ali Muhyiddin
Sesebuah institusi zakat harus diurus secara telus bagi menyelesaikan masalah kemiskinan umat Islam di sesebuah negara.
Kaedah pengagihan zakat perlu ditambah baik - Idris
"Saya mengharapkan kita yang mencari bukannya mereka (asnaf) yang datang meminta."