UVALDE: Angka kematian terkini insiden tembakan di sekolah rendah Robb di Texas, Amerika Syarikat (AS) dilapor meningkat kepada 21.
Ia susulan lima lagi kematian membabitkan murid sekolah rendah tersebut menjadikan jumlah keseluruhan murid yang terkorban ialah 19 orang, kata Senator Texas, Roland Gutierrez kepada CNN.
Sementara itu, jumlah mangsa dewasa yang terkorban meningkat kepada dua orang setakat ini.
Jumlah kematian ini menjadikan insiden tembakan rambang pada Selasa itu kedua paling dahsyat selepas kejadian tembakan di Sekolah Rendah Sandy Hook pada 2012 di Newtown, Connecticut di mana 20 kanak-kanak dan enam kakitangan terbunuh.
BACA: Suspek dipercayai tembak nenek sebelum serang murid sekolah rendah - Gabenor
BACA: 14 pelajar, 1 guru maut insiden tembakan di sekolah
Satu lagi kejadian tembakan dengan jumlah kematian tertinggi berlaku di Marjory Stoneman Douglas High School di Parkland, Florida pada 2018 di mana 14 pelajar sekolah menengah dan tiga kakitangan sekolah terbunuh.
Sekolah Rendah Robb, yang terletak di bandar Uvalde, kira-kira 95 kilometer di timur sempadan Mexico, mempunyai 600 pelajar berdaftar.
Astro Awani
Wed May 25 2022
Angka kematian terkini insiden tembakan di sekolah rendah Robb di Texas, Amerika Syarikat (AS) dilapor meningkat kepada 21 termasuk 19 murid. -Reuters
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Insiden tembakan sekolah rendah Texas: Angka kematian meningkat kepada 21
Jumlah mangsa dewasa yang terkorban meningkat kepada dua orang setakat ini.