BERITA buruk buat peminat teknologi dan pengejar trend telefon pintar terbaharu, terutamanya Samsung Galaxy Fold.
Pembuat telefon pintar, Samsung Electronics Co Ltd pada Isnin mengumumkan penangguhan pelancaran telefon pintar yang memperkenalkan skrin LED boleh dibuka-lipat tersebut tanpa memberikan tarikh keluaran yang baharu.
Menurut laporan Reuters, Samsung telah menundakan acara media berkaitan peranti tersebut yang dirancang untuk minggu ini di Hong Kong dan Shanghai.
Pengumuman tersebut dibuat beberapa hari selepas diuji pengulas telefon pintar yang mendakwa terdapat masalah dengan unit ujian telefon lipat mereka.
BACA: Baru beberapa hari diuji, telefon lipat Samsung dah rosak?
BACA: Samsung Galaxy Fold episod baharu inovasi telefon pintar
“Kami membuat keputusan untuk menunda tarikh pelancaran Galaxy Fold bagi menilai sepenuhnya maklum balas yang diterima selain untuk menjalankan beberapa ujian.
“Kami akan mengumumkan tarikh pelancaran dalam masa beberapa minggu,” kata jurucakap Samsung.
Sebelum ini, wartawan-wartawan yang menerima telefon tersebut untuk memberikan ulasan mereka sebelum pelancaran pada 26 April mendakwa bahawa skrin telefon pintar yang berharga $ 1,980 (RM 8,182.35) itu mula berkedip dan rosak.
“Pemeriksaan awal mendapati isu yang timbul mempunyai kaitan dengan bahagian terdedah di atas dan bawah engsel.
“Terdapat juga bahan asing yang dijumpai di dalam peranti yang menjejaskan prestasi skrin,” tambah jurucakapnya.
Samsung mendapat pujian apabila memperkenalkan reka bentuk telefon dengan paparan LED yang boleh dibuka-lipat dan dikatakan merupakan masa depan dalam dunia telefon pintar selepas pelancaran iPhone oleh Apple Inc pada 2007.
Huawei Technologies Co Ltd juga bakal melancarkan telefon bimbit lipat, Mate X.
Isabelle Leong
Mon Apr 22 2019
Samsung Electronics Co Ltd pada Isnin mengumumkan penangguhan pelancaran telefon pintar yang memperkenalkan skrin LED boleh dibuka-lipat tersebut tanpa memberikan tarikh keluar yang baharu. - samsung.com.my
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4665/4715 berbanding dolar AS daripada 4.4670/4715 ketika ditutup semalam.
Risiko & Peluang 2025: Menyingkap dinamika pergolakan pasaran
Ikuti perkongsian eksklusif bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof tentang landskap ekonomi terkini dan potensi hala tuju Malaysia pada 2025.
AWANI Ringkas: Kesalahan khalwat berulang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 27 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 27 Disember 2024
1️⃣ Kesejahteraan rakyat jadi tunjang - PM
2️⃣ Kesalahan khalwat berulang
3️⃣ Pesawat didakwa terkena sistem pertahanan udara Rusia
#awaniringkas
1️⃣ Kesejahteraan rakyat jadi tunjang - PM
2️⃣ Kesalahan khalwat berulang
3️⃣ Pesawat didakwa terkena sistem pertahanan udara Rusia
#awaniringkas
Penyampai AWANI cipta rekod bersiaran langsung dari ketinggian 104 meter
Nursyazwani mencipta rekod membaca berita secara langsung selama 30 minit dari ketinggian 104 dari aras laut di menara Kuantan 188.
Terbit lebih banyak buku berkualiti, perkasa minat membaca
Proses meningkatkan minat golongan muda dengan bahan bacaan berkualiti mengambil masa dan perlu dilakukan secara konsisten.
AWANI Pagi: Undang-Undang Antarabangsa Selesaikan Isu Laut China Selatan
AWANI Pagi bersama Pensyarah Kanan di Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya, Mohamed Redza Zakaria melihat peranan undang-undang antarabangsa untuk menyelesaikan konflik di Laut China Selatan.
Hos AWANI cipta rekod bersiaran langsung dari ketinggian 104m
Hos AWANI Pagi, Nursyazwani Saiful Sham berjaya mencipta rekod membaca berita secara langsung selama 30 minit dari ketinggian 104 dari aras laut di menara Kuantan 188, Kuantan, Pahang.
Terbit lebih banyak buku berkualiti, perkasa minat membaca
Proses meningkatkan minat golongan muda dengan bahan bacaaan berkualiti mengambil masa dan perlu dilakukan secara konsisten tetapi ia penting bagi mengelak golongan itu meluangkan lebih banyak masa dengan aktiviti kurang sihat.
Dua suspek dadah ditahan, cuba lari daripada sekatan jalanraya
Dua lelaki ditahan polis selepas insiden kejar-mengejar antara kereta peronda polis dan Proton Satria dengan jarak hampir 35 kilometer di sekitar Damansara.
Ini sebabnya pelancaran telefon bimbit mewah Samsung Galaxy Fold ditangguhkan
Samsung Electronics Co Ltd pada Isnin mengumumkan penangguhan pelancaran telefon pintar yang memperkenalkan skrin LED boleh dibuka-lipat tersebut tanpa memberikan tarikh keluar yang baharu.
Baru beberapa hari diuji, telefon lipat Samsung dah rosak?
Telefon terbaharu keluaran Samsung, Galaxy Fold, dikatakan sudah mengalami kerosakan hanya beberapa hari selepas penggunaan.
Apple semakin tertekan - Laporan
Apple berdepan tekanan hebat untuk menghasilkan telefon pintar boleh lipat seperti mana yang sudah diperkenalkan Samsung dan Huawei.