JAKARTA: Indonesia telah menyediakan 1,011 hospital dan 82,168 katil di seluruh negara sebagai persiapan berdepan varian Omicron yang sangat mudah menular, dan memungkinkan peningkatan kes jangkitan COVID-19, menurut Pejabat Eksekutif Presiden Indonesia. (KSP).
Penasihat kanan KSP Abraham Wirotomo berkata, kerajaan telah menyediakan peralatan perlindungan diri, ubat-ubatan dan diagnostik serta keperluan perubatan lain yang mencukupi bagi tempoh tiga bulan akan datang.
"Memandangkan kemungkinan lebih ramai pelancong asing berkunjung ke Indonesia dalam tempoh beberapa bulan akan datang, perkhidmatan kesihatan perlu bersedia menghadapi kemungkinan lonjakan COVID-19," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata beberapa hospital COVID-19 telah mengetatkan syarat lawatan dan mengehadkan kemasukan ke hospital terhadap pesakit bukan COVID-19 untuk mengelakkan peningkatan kes secara mendadak.
Sebanyak 138 kes varian Omicron telah dikesan setakat ini, di mana 135 kes adalah kes import dan tiga lagi kes akibat penularan tempatan - satu di Jakarta dan dua di Surabaya.
Indonesia menjadi pusat wabak COVID-19 Asia dengan 54,000 kes direkodkan pada pertengahan Julai tahun lalu, tetapi trend jangkitan kini semakin menurun.
Sehingga 2 Januari, data dikumpulkan Pasukan Petugas COVID-19 Indonesia menunjukkan jumlah kes positif menurun kepada 174 daripada 274 hari sebelumnya menjadikan jumlah keseluruhan 4,263,168 kes.
Sebanyak 165,900,8872 orang telah menerima vaksin COVID-19 dos pertama, 114,103,362 dos kedua dan 1,288,890 dos ketiga.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 03 2022
Di Indonesia. sebanyak 165,900,8872 orang telah menerima vaksin COVID-19 dos pertama, 114,103,362 dos kedua dan 1,288,890 dos ketiga. - Gambar fail
Op Pedo: 13 lelaki miliki pornografi, bahan penderaan seksual kanak-kanak ditahan
Polis menahan 13 lelaki secara berasingan di enam negeri kerana disyaki memiliki bahan pornografi dewasa dan penderaan seksual kanak-kanak dalam talian.
Pesawat SWISS Airbus lakukan pendaratan cemas akibat asap dalam kabin dan kokpit
Pesawat Airbus milik syarikat penerbangan SWISS yang dalam perjalanan dari Bucharest ke Zurich pada Isnin terpaksa melakukan pendaratan cemas.
Sertai Nissan-Honda, Mitsubishi beri kata putus penghujung Jan 2025
Pengumuman ini adalah lanjutan daripada rancangan Nissan dan Honda untuk membentuk syarikat induk gabungan menjelang 2026.
Bonus ASB 2024 catat lebih tinggi dari jangkaan
Menurut Pensyarah Kanan Ekonomi, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Nur Azam Anuarul Perai, pencapaian ini bukan sahaja menggambarkan kemampuan pengurus dana ASB dalam memilih pelaburan yang tepat, tetapi juga memperlihatkan kepakaran mereka dalam menguruskan dana dengan cekap dan berkesan.
Doktor pelatih alami tekanan, siapa perlu pantau?
Pengarah hospital disarankan melakukan pemantauan berterusan terhadap setiap ketua unit di hospital, terutamanya apabila terdapat aduan mengenai masalah penyeliaan yang berlaku di antara doktor pakar dan doktor pelatih.
Kerajaan disaran perkenal skim insurans kesihatan nasional
Menurut pakar ekonomi, langkah itu antara lain mampu membantu kerajaan menangani isu kenaikan caj perubatan fasiliti kesihatan swasta dan peningkatan kadar premium insurans kesihatan.
Peruntukan dana Parlimen: Syed Saddiq gagal peroleh kebenaran semakan kehakiman
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan tiga pihak lain gagal dalam permohonan untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Pantau Belanjawan: ASB: Bagaimana kadar dividen mencorak pelaburan masa depan?
Permodalan Nasional Berhad (PNB) dijangka akan mengumumkan agihan pendapatan bagi tahun 2024 hari ini. Bagaimana agihan pendapatan ini mencerminkan trend dividen di Malaysia serta mencorak hala tuju pembayaran dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) pada masa hadapan? Kupasan lanjut bersama Pensyarah Kanan Ekonomi, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Nur Azam Anuarul Perai.
Honda, Nissan umum pertimbangan untuk gabung syarikat
Kedua-dua syarikat telah memulakan perbincangan untuk mengintegrasikan perniagaan mereka di bawah syarikat induk baharu ini.
AWANI Ringkas: Kemalangan maut ragut tujuh nyawa di Melaka
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Indonesia komited percepat tubuh pusat kawalan jerebu rentas sempadan
Hanif berkata pengoperasian pusat penyelarasan itu tertangguh kerana menunggu pemeteraian perjanjian oleh Thailand, Vietnam dan Filipina.
Dua sahabat makan ikan mentah, minum air laut sepanjang hanyut
Mereka berdua berpuasa selama dua hari sebelum mula makan ikan termenung dan cencaru mentah untuk lapik perut pada hari ke empat.
Kerajaan gariskan 5 keutamaan utama penggunaan AI di Indonesia
Kementerian Kesihatan menggunakan AI untuk meningkatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan dan memperbaiki ketepatan diagnosis.
Indonesia umum pembubaran JI di Solo, bekas anggota angkat sumpah taat setia
Badan Nasional Anti-Keganasan (BNPT) Indonesia dan Pasukan Khusus 88 Anti-Pengganas (Densus 88) Polis mengadakan deklarasi pembubaran Jemaah Islamiyah (JI) di Solo, Jawa Tengah.
Piala ASEAN 2024: Vietnam, Filipina mara ke separuh akhir
Kejayaan di Stadium Viet Tri itu menyaksikan pasukan tuan rumah muncul juara kumpulan B dengan mengumpul 10 mata.
91 warga Indonesia dibawa keluar dari Syria, selamat pulang ke tanah air
Mereka yang dibawa pulang berasal dari pelbagai wilayah, tiba di Jakarta menerusi tiga penerbangan pada Jumaat dan Sabtu.
10 cedera akibat banjir kilat di Sumatera Utara, Indonesia
Hujan lebat mencetuskan banjir kira-kira 7 malam waktu tempatan, menjejaskan dua mukim iaitu Batang Angkola dan Tano Tombangan.
Banduan hukuman mati Filipina dihantar pulang selepas rundingan panjang dengan Indonesia
Seorang rakyat Filipina yang dijatuhi hukuman mati di Indonesia, akhirnya kembali ke Manila pada pagi Rabu setelah melalui rundingan panjang selama bertahun-tahun antara kedua-dua negara.
Presiden Indonesia, Prabowo akan hadiri Sidang Kemuncak D-8 di Kaherah
Pada sidang kemuncak itu, Indonesia akan dilantik sebagai Pengerusi D-8 daripada Pengerusi semasa, Mesir, bagi tempoh 2026-2027.
Indonesia bebaskan lima rakyat Australia ahli pengedar dadah ‘Bali Nine’
Pembebasan itu dicapai selepas Canberra mencapai perjanjian dengan Indonesia untuk menamatkan hukuman penjara selama dua dekad di luar negara.