JAKARTA: Indonesia merancang untuk mencadangkan pengurangan tarif perdagangan kepada Amerika Syarikat (AS) melalui kerjasama dua hala antara kedua-dua negara, kata Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi Indonesia, Airlangga Hartarto, pada Isnin, lapor Xinhua.

Inisiatif ini bertujuan sebagai langkah menghadapi dasar tarif import yang dijangka akan dilaksanakan oleh pentadbiran Presiden Terpilih AS, Donald Trump, yang akan memegang jawatan pada 20 Jan ini.

"Kami memohon kerjasama ekonomi dua hala bagi membantu mengurangkan tarif," kata menteri itu.

Walaupun Trump belum dilantik secara rasmi, Airlangga mengakui bahawa AS telah mengenakan cukai ke atas produk Indonesia seperti kasut dan pakaian.

Trump memenangi Pilihan Raya Presiden AS 2024 dan akan mengangkat sumpah minggu depan.

-- BERNAMA