JAKARTA: Kementerian Komunikasi dan Maklumat Indonesia (Kominfo) merancang untuk membatalkan permit penyedia perkhidmatan rangkaian internet (ISP) yang enggan bekerjasama dalam usaha negara itu memerangi perjudian dalam talian.
Menterinya Budi Arie Setiadi pada Jumaat menggesa ISP untuk menyegerakan secara automatik kemas kini senarai kandungan negatif, termasuk perjudian dalam talian, dalam sistem nama domain Trust Positive Kominfo (DNS).
"Pada masa ini, hanya 35 peratus daripada keseluruhan 1,011 ISP telah selesai diselaraskan secara automatik. Mereka yang didapati tidak patuh akan berdepan dengan pengumuman status mereka," katanya pada sidang akhbar secara maya.
Beliau menekankan hasil ujian lapangan yang dijalankan antara 2023 hingga kini, mendedahkan bahawa daripada 136 sampel, 26 masih mempunyai akses kepada kandungan negatif, termasuk perjudian dalam talian dan pornografi.
Sebagai tindak balas, kementerian telah melaksanakan sekatan pentadbiran, kata Budi Arie, sambil menambah bahawa amaran awal telah dikeluarkan kepada 26 ISP, dengan amaran kedua ditujukan kepada tiga ISP lagi.
Platform digital seperti X, Telegram, Google, Meta dan TikTok juga akan dikenakan denda sebanyak 500 juta rupiah (AS$31,128) jika mereka terus membenarkan penyebaran kandungan perjudian dalam talian di platform mereka.
Kominfo mengenal pasti 20,241 kata kunci berkaitan perjudian dalam talian di Google dari 7 Nov 2023 hingga 22 Mei 2024 dan 2,702 kata kunci di Meta dari 15 Dis 2022 hingga 22 Mei 2024.
"Sepuluh kata kunci utama berkaitan judi dalam talian pada minggu lepas adalah slot langsung, slot RTP, laman slot, slot panas, slot pragmatik, kasino dalam talian, loteri, bonus slot dan CQ9," tambah Budi Arie.
Indonesia telah membentuk pasukan petugas untuk menangani perjudian dalam talian, dengan Presiden Joko Widodo mengetuai perbincangan mengenai perkara itu dalam Mesyuarat Kabinet baru-baru ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 24 2024

Indonesia telah membentuk pasukan petugas untuk menangani perjudian dalam talian, dengan Presiden Joko Widodo mengetuai perbincangan mengenai perkara itu. - Gambar hiasan

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 14 Mac 2025.
AWANI Tonight 14 March 2025
AWANITonight with @_farhanasheikh
1. Ismail Sabri records 6-hour statement, to return to MACC tomorrow
2. Putin: Russia open to Ukraine ceasefire, but tweaks needed
1. Ismail Sabri records 6-hour statement, to return to MACC tomorrow
2. Putin: Russia open to Ukraine ceasefire, but tweaks needed

SPRM buka dua kertas siasatan terhadap Sapura Energy
SPRM membuka dua kertas siasatan selepas menerima maklumat berhubung pembayaran rasuah dan penyelewengan melibatkan syarikat penyedia penyelesaian minyak dan gas, Sapura Energy Berhad.

Polis tahan empat lelaki, rampas 855 bungkus air ketum di Machang
Polis menahan empat lelaki dan merampas 855 bungkus air ketum serta peralatan lain yang keseluruhan bernilai RM26,640 dalam serbuan di sebuah kandang lembu di Kampung Pangkal Mempelam, Machang.

Perancangan penyaluran air Sungai Perak ke Bukit Merah pada peringkat akhir - PM Anwar
Perancangan projek penyaluran air mentah dari Sungai Perak ke Empangan Bukit Merah yang membekal air terawat ke Pulau Pinang kini berada pada peringkat akhir.

Tesla beri amaran tarif Trump boleh jejaskan perniagaan, tingkatkan kos
Tesla, memberi amaran bahawa perang perdagangan yang dicetuskan Presiden Donald Trump boleh mendedahkannya kepada tarif timbal balas serta meningkatkan kos pengeluaran kenderaan di AS.

Program Gema Ramadan: Bernas sumbang keperluan asas kepada golongan miskin bandar
Bernas menyantuni dan menyumbangkan barangan keperluan asas kepada golongan miskin bandar menerusi Program Gema Ramadan dalam usaha mencetus impak sosial yang lebih menyeluruh.
It's About YOUth: From anxiety to action: Youth’s role in saving the planet
As the planet heats up, youth will inherit a world of extreme weather, biodiversity loss, and an uncertain future. WWF-Malaysia’s Dr Jason Hon and YUFE’s Chok Jia Xuan discuss engaging the younger generation to transform climate anxiety into action for the planet.

KPDN Perak rampas 16,380 liter diesel disimpan melebihi had
KPDN Perak merampas 16,380 liter minyak diesel untuk pengoperasian jentera berat bagi mengorek pasir kerana disimpan melebihi had di Pantai Remis awal pagi semalam.

Kes bunuh kolej vokasional: Tertuduh libas wayar pengecas telefon ke arah mangsa
Ijat hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia melibas wayar pengecas telefon ke arah mangsa ketika berada di bilik asrama 7 Resak.

Adakah internet akan jadi tidak neutral?
Suruhanjaya Komunikasi AS, di bawah arahan Presiden Donald Trump mengundi untuk menamatkan sifat neutral internet.