NEW DELHI: India negara ketiga terbesar di dunia berbelanja untuk ketenteraan, selepas Amerika Syarikat (AS) dan China, menurut badan pemerhati senjata antarabangsa.
Perbelanjaan ketenteraan India meningkat 0.9 peratus kepada AS$76.6 bilion pada 2021, menurut Institut Penyelidikan Keamanan Antarabangsa Stockholm (SIPRI) dalam satu laporan pada Isnin.
Bagi mengukuhkan industri senjata asli, 64 peratus daripada perbelanjaan modal dalam belanjawan tentera India 2021 diperuntukkan untuk membeli senjata buatan dalam negara.
Jumlah perbelanjaan ketenteraan global tahun lepas meningkat 0.7 peratus mencecah AS$2.1 trilion, dengan lima pembelanja teratas - AS, China, India, Britain dan Rusia, menyumbang 62 peratus daripada perbelanjaan.
"Meskipun di tengah kejatuhan ekonomi akibat pandemik COVID-19, perbelanjaan ketenteraan dunia mencecah paras rekod.
"Kadar pertumbuhan jangka sebenar bergerak perlahan disebabkan inflasi. Bagaimanapun, dari segi nominal, perbelanjaan ketenteraan meningkat sebanyak 6.1 peratus," kata penyelidik kanan SIPRI, Diego Lopes da Silva.
Tentera AS membelanjakan AS$801 bilion pada 2021, menunjukkan penurunan sebanyak 1.4 peratus berbanding 2020, manakala China meningkat 4.7 peratus kepada AS$293 bilion dan perbelanjaan ketenteraan Rusia meningkat 2.9 peratus kepada AS$65.9 bilion tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 25 2022
Perbelanjaan ketenteraan India meningkat 0.9 peratus kepada AS$76.6 bilion pada 2021, menurut Institut Penyelidikan Keamanan Antarabangsa Stockholm (SIPRI). - Gambar hiasan/ Facebook Indian Air Force
SOP perbaiki jalan berlubang dalam tempoh 24 jam perlu diikuti negeri, perbandaran
Ahmad Maslan berkata SOP yang ditetapkan bagi membaiki Jalan Persekutuan berlubang ialah dalam tempoh 24 jam.
Usaha hasilkan kenderaan elektrik, isu GISBH tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Khoo Poay Tiong bertanya kepada Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri berhubung kenderaan elektrik dalam sesi soal jawab lisan.
Banjir di Kelantan makin buruk, tiga negeri lain tiada perubahan
Kelantan menjadi negeri paling teruk terjejas apabila banjir gelombang kedua melanda negeri itu, pada Selasa.
Pilkada 2024: Pertembungan dua 'titan', Jokowi lawan Megawati
207 juta rakyat Indonesia membuat pilihan di 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota dalam Pilkada serentak. Pertembungan kuasa politik besar Indonesia turut berlaku. Ulasan bersama Tan Sri Johan Jaafar.
Hezbollah akan kekal aktif selepas gencatan senjata
Hezbollah akan kekal aktif selepas perang dengan Israel berakhir, termasuk membantu penduduk Lubnan yang terjejas kembali ke kampung halaman mereka dan membangunkan semula kawasan yang musnah akibat serangan Israel.
A.S akan gesa juga gencatan senjata Hamas-Israel
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, menyifatkan perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hizbullah sebagai "berita baik".
Pengunduran Tentera Israel secara berperingkat dalam tempoh 60 Hari – Pegawai AS
Seorang pegawai kanan Amerika Syarikat mengesahkan pengunduran tentera Israel dari Lubnan tidak akan dilakukan serta-merta.
Parlimen: Usaha hasilkan kenderaan elektrik, isu GISBH tumpuan hari ini
Langkah kerajaan menggalakkan pemain industri tempatan untuk mempertingkatkan usaha mengeluarkan kenderaan elektrik bagi memenuhi permintaan tempatan antara yang dibincangkan pada mesyuarat Dewan Rakyat hari ini.
[TERKINI] Israel - Hezbollah setuju gencatan senjata dikuatkuasa pada Rabu
Gencatan senjata antara Israel dan Hezbollah dijadualkan bermula jam 4 pagi waktu tempatan, pada Rabu.
Piala AFF Wanita: Malayan Tigress buka kempen dengan langkah kiri
Skuad kendalian Soleen Al-Zoubi itu akan meneruskan cabaran menentang Kemboja pada Jumaat ini di Padang Simpanan KM16, Vientiane.
Tiga maut terkena tembakan polis ketika pegawai buat 'tinjauan' di masjid bersejarah di India
Polis berkata 'tinjauan' dilakukan atas perintah mahkamah selepas seorang peguam mendakwa masjid itu dibina di atas tapak peninggalan Hindu.
Kaum India harap isu pemilikan ekuiti, pendidikan dan penyertaan sektor awam diberi tumpuan
Kesavan berkata meskipun terdapat ruang untuk penambahbaikan dalam Belanjawan 2025, masyarakat India tetap menerima manfaat ketara.
India uji peluru berpandu hipersonik jarak jauh
India telah melancarkan ujian peluru berpandu hipersonik jarak jauh pertamanya sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengukuhkan persenjataannya.
Pakistan, India isytihar darurat kesihatan akibat jerebu
Hospital dalam keadaan berjaga-jaga, waktu operasi klinik dilanjutkan beberapa jam dan petugas perubatan diarahkan melakukan syif tambahan.
Sekolah rendah di Delhi ditutup susulan pencemaran udara semakin kritikal
Ibu negara India pada Khamis mengumumkan penutupan sekolah rendah apabila tahap pencemaran udara mencapai paras berbahaya dengan bermulanya musim sejuk.
Umat Islam di India pergiat bantahan terhadap RUU kontroversi mengenai pentadbiran harta
RUU Pindaan Wakaf 2024 dikritik sebagai pencabulan hak asasi perlembagaan dan usaha melemahkan pengurusan komuniti Muslim terhadap hartanya.
ACT Wanita: Malaysian Tigress mula langkah kiri di India
Gawang negara bocor pada minit kelapan apabila Sangita Kumari memanfaatkan pukulan sudut penalti untuk meletakkan juara bertahan di depan 1-0.
Permohonan Malaysia sertai BRICS dapat sokongan padu anggotanya, termasuk India, China - PM
Permohonan Malaysia untuk menjadi anggota BRICS mendapat sokongan padu daripada kalangan anggotanya termasuk Rusia, China dan India semasa mesyuarat lapan negara asas BRICS.
India ambil tindakan bendung penyebaran ugutan bom palsu di media sosial
Kerajaan India mengarahkan platform media sosial untuk mencegah penyebaran ugutan bom palsu.
India bimbang dengan perkembangan di Asia Barat
India berkata ia sangat bimbang terhadap peningkatan konflik di Asia Barat dan kesannya terhadap keamanan dan kestabilan di rantau itu dan sekitarnya.