Imej dirakam satelit Sentinel 2 Suruhanjaya Eropah itu menunjukkan asap tebal di tengah kilang pemprosesan minyak terbesar dunia itu.
Pemberontak Houthi mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu.
Namun, Amerika Syarikat mendakwa Iran adalah dalang serangan.
![Asap tebal kelihatan di kilang Aramco di Abqaiq, Arab Saudi, 14 Sept, 2019. REUTERS](http://img.astroawani.com/2019-09/61568585450_freesize.jpg)
Serangan itu menyebabkan kebakaran besar dan mengganggu proses penghasilan minyak Arab Saudi.
Arab Saudi berperang dengan pemberontak Houthi sejak 2015.