SEOUL: Hujan lebat mengorbankan sekurang-kurangnya tujuh orang dan menyebabkan beribu-ribu orang terpaksa meninggalkan kediaman mereka di seluruh negara, lapor agensi berita Yonhap memetik pihak berkuasa Sabtu.
Ibu Pejabat Tindakan Bencana dan Keselamatan Pusat memaklumkan tiga orang masih hilang manakala tujuh lagi cedera.
Dua orang maut akibat bangunan runtuh yang dicetuskan oleh tanah runtuh di Nonsan, Wilayah Chungcheong Selatan, pada Jumaat.
Seorang maut dalam banjir lumpur di bandar Sejong dan perumahan yang runtuh mengorbankan tiga orang di daerah tenggara Yeongju dan daerah tengah Cheongyang.
Dua orang, termasuk seorang wanita berusia 60-an, dikhuatiri terbunuh apabila kejadian tanah runtuh memusnahkan sebuah rumah di Bonghwa, Wilayah Gyeongsang Utara, kira-kira 9 pagi.
Kira-kira 6,400 penduduk di daerah tengah Goesan telah dipindahkan, ketika Empangan Goesan mula melimpah sekitar jam 6:30 pagi.
Banyak kampung berhampiran empangan itu ditenggelami air, dan jalan raya serta jambatan yang menghubungkan kampung-kampung itu terputus, menyebabkan beberapa penduduk terperangkap di dalam rumah mereka.
Korea Railroad Corp. (KORAIL) menggantung semua perkhidmatan kereta api KTX yang merentasi wilayah pedalaman tengah negara akibat hujan lebat.
Perdana Menteri Han Duck Soo pada hari Sabtu mengarahkan pegawai supaya segera memindahkan orang ramai di kawasan yang terdedah untuk meminimumkan kemalangan jiwa, dan melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan orang ramai di kawasan terjejas.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 15 2023
Ibu Pejabat Tindakan Bencana dan Keselamatan Pusat memaklumkan tiga orang masih hilang manakala tujuh lagi cedera. - Foto AP
"Bila saya kata saya tak ambil gaji, kena sindir.." - PM Anwar
"Kita tak ambil gaji. Elaun Parlimen kita ambil, Azizah pun ada elaun Parlimen. Jadi campur-campur okaylah," kata Perdana Menteri mengenai sindiran pendirian beliau tidak mengambil gaji.
#AWANInews
#AWANInews
Masters China: Pang Ron-Su Yin mara final, bakal bertemu pilihan pertama
Bregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, kini tiba di pentas final Masters China susulan kemenangan yang dilakar dalam aksi separuh akhir.
Malaysia-Korea Selatan: Korea Selatan minat kerjasama pembangunan lebuh raya di Malaysia
Korea Selatan menyatakan minat untuk menjalin kerjasama dengan Malaysia dalam sektor pembinaan infrastruktur terutamanya pembangunan dan pengurusan lebuh raya pintar yang mengintegrasikan teknologi tinggi dan canggih di negara ini.
Pecah rekod Erling Haaland, Harry Kane muncul penjaring 50 gol terpantas Bundesliga
Kane membuka jaringan pada minit ke-53 menerusi sepakan penalti sebelum dua gol pantas dalam masa kecederaan.
Tingkat integriti: Kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan
Penggunaan kamera badan bagi anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sangat diperlukan bagi meningkatkan integriti dalam kalangan anggota bertugas dan orang awam.
Syarikat telco utama tawar pakej Internet, peranti menarik sempena program 2TM
Pelbagai pakej Internet dan peranti menarik ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi utama pada Program Dua Tahun Kerajaan Madani (2TM).
Tular video pekerja asing beli minyak masak subsidi
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor menyerbu dua premis di Sungai Buloh susulan video tular pembelian minyak masak subsidi 1kg oleh pekerja restoran nasi kandar.
Serbuan melibatkan sebuah pasaraya runcit dan restoran nasi kandar dijalankan oleh tujuh anggota penguat kuasa dalam dua pasukan berasingan.
Serbuan melibatkan sebuah pasaraya runcit dan restoran nasi kandar dijalankan oleh tujuh anggota penguat kuasa dalam dua pasukan berasingan.
Polis tidak pernah henti siasat kes simbah asid Faisal Halim - KPN
Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim.
China Masters: Impian final Tang Jie-Ee Wei berkecai
PERJALANAN gandingan beregu campuran nombor satu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei di China Masters tersekat di separuh akhir pada Sabtu.
"Saya kadang-kadang bingung pejuang bangkit pertahan korup..." - PM
"Saya kadang-kadang bingung bagaimana mungkin seorang pejuang bangsa dan agama boleh bangkit pertahan korup guna hujan Melayu dan Islam..,"kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
Jumlah mangsa banjir meningkat pagi ini
Di Terengganu, jumlah mangsa banjir di enam daerah meningkat kepada 398 orang berbanding 221 malam tadi, kini berada di 17 PPS.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Monsun Timur Laut: Amaran hujan lebat di 9 negeri, Kuala Lumpur, Putrajaya petang ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya hingga 6 petang hari ini.
Marang dan Setiu kembali terjejas banjir
Jumlah mangsa banjir di Terengganu menunjukkan sedikit peningkatan hari ini, susulan dua daerah iaitu Marang dan Setiu kembali dinaiki air.
Mangsa banjir Kemaman terus meningkat kepada lebih 2,000
Ketika ini, hujan melanda di beberapa tempat di negeri ini dan jumlah mangsa turut menunjukkan trend meningkat.
Banjir: JBPM beri tumpuan lima negeri terdedah hujan luar jangka
JBPM memberi tumpuan utama kepada Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan barat Sarawak yang dijangka terdedah kepada hujan luar jangka pada bulan hadapan hingga boleh mengakibatkan banjir.
Luruan monsun: Hujan lebat berterusan dijangka hingga hujung November
Luruan monsun membawa hujan lebat berterusan yang kini berlaku di timur dan selatan Semenanjung dijangka berlanjutan hingga hujung November ini.
Projek TAPS dijangka siap Mei 2025
Projek pembinaan Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) Jernih Melaka bernilai RM234 juta yang mengalami kelewatan akibat masalah teknikal dijangka siap pada Mei 2025.
Tragedi 'water rafting': Mangsa petugas JKR SPT dan Langkawi - Polis
Tiga mangsa yang lemas ketika melakukan aktiviti water rafting di Sungai Jahang, Gopeng di sini petang tadi merupakan petugas Jabatan JKR SPT, Pulau Pinang dan JKR Langkawi, Kedah.
Luruan monsun: Ahmad Zahid nasihat orang ramai terus waspada mulai 19 Nov
Rakyat Malaysia diingatkan untuk terus berwaspada dengan fenomena luruan monsun yang dijangka berlaku pada 19 sehingga 23 November ini.