SINGAPURA: Hubungan Amerika Syarikat (AS) dan ASEAN amat penting untuk masa depan satu bilion populasi, kata Presiden Joe Biden sambil menyatakan komitmen AS sebanyak AS$100 juta untuk inisiatif meningkatkan kerjasama dengan 10 negara anggota blok Asia Tenggara itu.
"Hubungan rakan kongsi ini penting bagi mengekalkan sebuah rantau Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka, yang menjadi asas terhadap keselamatan dan kemakmuran kita sejak berdekad-dekad lalu," katanya dalam ucapan sulung beliau pada Sidang Kemuncak AS-ASEAN yang diadakan secara maya pada Selasa.
Biden berkata, AS menyokong teguh ASEAN dan masa depan Indo-Pasifik serta rantau yang berteraskan kedaulatan undang-undang.
"Hakikatnya, ASEAN amat penting, menjadi pusat terhadap kerangka sebenar Indo-Pasifik dan AS komited terhadap kepusatan ASEAN.
"Kerjasama berterusan kita berkembang menjadi semakin penting, tidak berkurangan, ketika kita berjuang bersama berdepan cabaran yang bakal mencorakkan kurun ke-21.
"Melangkah ke depan, menangani pandemik COVID-19.... berdepan dengan krisis iklim, mengukuhkan pertahanan siber kita serta menghasilkan teknologi baharu... menjunjung kebebasan di laut serta perdagangan dan banyak lagi... banyak lagi," katanya.
Biden berucap sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-38 dan ke-39 serta Sidang Kemuncak berkaitan yang dipengerusikan Brunei dengan tema "We Care, We Prepare, We Prosper".
Selepas menyepi selama empat tahun, ucapan Biden menjadi detik bersejarah kembalinya Presiden AS ke meja rundingan ASEAN selepas kali terakhir ketua negara AS menyertai sidang kemuncak ini adalah pada 2017 sewaktu pentadbiran Donald Trump.
Biden menegaskan, beliau ingin mendengar setiap ucapan pemimpin ASEAN serta perbincangan hari ini.
"Begitu juga saya mahu anda semua mendengar secara terus daripada saya, kepentingan kedudukan AS dalam hubungan kita dengan ASEAN. Anda boleh saksikan bahawa kami akan hadir.
"Seperti Naib Presiden (Kamala) Harris lakukan ketika lawatannya ke rantau ini baru-baru ini, anda juga boleh berharap saya sendiri akan hadir dan bertemu dengan anda," katanya.
Beliau menegaskan bahawa ASEAN boleh menyaksikan bahawa AS 'akan mengukuhkan kerjasama yang sekian lama terjalin..... terus meneroka medan dialog peringkat menteri yang baharu... melabur di negara anda serta memacu secara inklusif kemakmuran di rantau yang amat penting ini'.
Biden mengulangi bahawa beliau 'benar-benar berharap dapat bekerjasama dengan ASEAN untuk bukan sahaja dalam banyak lapangan bersama tetapi 'ke arah perkongsian nilai dan wawasan serantau bersama dengan setiap negara boleh bersaing, beraksi dan berjaya di gelanggang'.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 26 2021

Joe Biden ketika mengambil bahagian secara maya dalam sidang kemuncak ASEAN, bercakap dari White House di Washington, 26 Okt, 2021. REUTERS

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Hubungan AS-ASEAN penting, ikrar AS$100 juta perkasa kerjasama - Biden
Biden berkata, AS menyokong teguh ASEAN dan masa depan Indo-Pasifik serta rantau yang berteraskan kedaulatan undang-undang.