RAMALLAH: Penyelesaian Dua Negara atau Two-State Solution adalah satu-satunya cara menamatkan konflik Israel-Palestin, tegas Perdana Menteri Palestin Mohammed Ishtaye di sini pada Selasa.
Beliau mengulangi pendirian itu ketika mengadakan pertemuan dengan Penolong Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) bagi Hal Ehwal Asia Barat, Barbara Leaf, dan timbalannya, Hady Amr, menjelang lawatan Presiden AS Joe Biden ke Timur Tengah pada bulan depan, lapor Xinhua.
Ishtaye memberi taklimat kepada anggota diplomat AS mengenai tindakan peluasan dan unilateral Israel terhadap Palestin, menggesa AS memberi tekanan kepada Israel agar menghentikan semua tindakan yang dibuat terhadap Palestin, terutamanya melibatkan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur.
"Semua usaha mesti dilakukan untuk menghapuskan sebarang halangan terhadap penyelesaian (dua negara) ini, yang paling utama mengenai isu penempatan (Yahudi)," tegas Ishtaye menerusi satu kenyataan rasmi.
Beliau juga menggesa agar AS membuka semula konsulat di Baitulmaqdis Timur, mengeluarkan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) daripada senarai keganasan, dan membuka semula pejabat PLO yang ditutup di Washington.
Pada Selasa, Rumah Putih mengumumkan Presiden Joe Biden akan melawat Arab Saudi, Israel dan Tebing Barat sempena siri lawatannya ke Asia Barat pada 13 hingga 16 Julai.
Rakyat Palestin berharap lawatan Biden dapat membantu mengekang pembinaan penempatan haram Israel dan tindakan unilateral lain di wilayah Palestin, yang disifatkan telah menghalang proses damai.
Rundingan damai terakhir antara Israel dan Palestin yang ditaja AS, dihentikan pada Mac 2014 susulan percanggahan pendapat mengenai penubuhan negara Palestin di kawasan yang diduduki Israel pada 1967.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 15 2022

Ishtaye menggesa agar AS membuka semula konsulat di Baitulmaqdis Timur, mengeluarkan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) daripada senarai keganasan, dan membuka semula pejabat PLO yang ditutup di Washington. - Gambar fail/REUTERS

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

Persekutuan Agensi Berita OIC buka pejabat di Palestin
Persekutuan Agensi Berita OIC telah merasmikan pejabat luar pertamanya di Palestin.

CENTHRA kutuk kegagalan Sidang Konvensyen Geneva Keempat, anggap satu pengkhianatan
"Keadilan tidak boleh sekadar menjadi retorik kosong. Dunia akan mengingati siapa yang berdiam diri dalam menghadapi kezaliman ini."

9,500 rakyat Palestin masih ditahan di penjara Israel
3,405 rakyat Palestin ditahan tanpa tuduhan atau perbicaraan di bawah dasar kontroversi Israel yang dikenali sebagai tahanan pentadbiran.

Gabungan NGO anjur Himpunan Hari Al-Quds, serah nota bantahan ke Kedutaan AS
Perhimpunan Hari Al-Quds Antarabangsa di depan Kedutaan Amerika Syarikat pada 28 Mac.

Sidang kemuncak Arab di Kaherah terima pelan pembinaan semula Gaza sebagai inisiatif 'bersatu'
Kenyataan akhir sidang kemuncak menetapkan bahawa pelan dikemukakan oleh Mesir sebagai satu rancangan komprehensif Arab.

Imam Besar Al-Azhar seru Sidang Kemuncak Liga Arab ambil 'pendirian sepakat' mengenai Gaza
Imam Besar Al-Azhar, pada Selasa menggesa pemimpin Arab agar mengambil "pendirian sebulat suara" terhadap rancangan untuk memindahkan penduduk Palestin dari Semenanjung Gaza.

Presiden Abbas tiba di Kaherah untuk Sidang Kemuncak Tergempar Arab
Presiden Palestin Mahmoud Abbas tiba di Kaherah pada Isnin malam bagi menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar Arab, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Israel tidak mahu gencatan senjata, takut hilang kelebihan dalam rundingan dengan Hamas - Penganalisis
Israel dilihat tidak mempunyai sebarang hasrat untuk memastikan keamanan yang kekal di Palestin.

Menang Oscar, pengarah 'No Other Land' seru henti kezaliman terhadap Palestin
Pengarah "No Other Land", menyeru dunia mengambil tindakan tegas bagi menghentikan kekejaman terhadap rakyat Palestin.