Memetik laporan Reuters, media rasmi kumpulan itu berkata serangan berlaku ke atas kem pelarian Palestin.
"Fateh Sherif Abu el-Amin, pemimpin Hamas di Lubnan dan ahli kepimpinan pergerakan di luar negara terbunuh dalam serangan udara di rumahnya di kem Al-Bass di selatan Lubnan," kata kenyataan Hamas.
Hamas menambah, Fateh dibunuh bersama isteri, anak lelaki dan anak perempuannya, dan menyifatkan ia sebagai 'jenayah pembunuhan oleh penganas'.
Sementara itu, agensi Berita Nasional rasmi melaporkan serangan udara ke atas Al-Bass berhampiran bandar Tyre, adalah kali pertama kem itu menjadi sasaran.
Israel berulang kali menyasarkan pegawai Hamas di Lubnan sejak perang di Gaza, meletus hampir setahun lalu.