PASUKAN pejuang Palestin, Hamas dilaporkan telah menjawab cadangan yang bertujuan untuk membebaskan tebusan yang tinggal di Gaza dan menghentikan pertempuran, umum Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken pada Selasa.
“Saya ingin memaklumkan kepada media bahawa kami telah menerima jawapan daripada Hamas berhubung rangka kerja umum perjanjian berkenaan dengan tebusan,” kata Al Thani pada sidang media bersama Blinken di Doha.
“Jawapan itu termasuk beberapa komen, tetapi secara umum ia adalah positif. Bagaimanapun, memandangkan sensitiviti keadaan kami tidak akan memberi penjelasan,” kata Sheikh Mohammed.
“Kami optimis, dan kami telah menyampaikan maklum balas kepada Israel,” katanya.
Dalam masa sama, AS menegaskan, kerajaan itu sedang mengkaji maklum balas daripada Hamas "sekarang," kata Blinken, sambil menambah bahawa beliau akan membincangkannya dengan pegawai kerajaan Israel pada Rabu.
Rangka kerja cadangan itu dipersetujui oleh perunding di Paris pada akhir bulan lalu.
CNN sebelum ini melaporkan bahawa ia akan menggesa fasa pertama pembebasan tebusan awam dilakukan selama enam minggu jeda, dengan tiga tahanan Palestin yang ditahan oleh Israel dibebaskan bagi setiap tebusan awam yang pulang dari Gaza.
Nisbah itu dijangka meningkat untuk askar Angkatan Pertahanan Israel (IDF) dan jeda yang lebih lama mungkin selepas enam minggu untuk fasa kemudian.
Qatar, yang bertindak sebagai salah satu daripada ‘orang tengah’ utama dalam rundingan dengan Hamas menerima maklum balas daripada kumpulan itu pada Selasa dan kemudian menyampaikannya kepada Blinken yang tiba di ibu negara Qatar pada hari sama.
Selepas diberitahu mengenai cadangan Hamas, maklum balas yang diberikan Blinken juga positif, kata sumber itu.
Presiden AS Joe Biden, yang diberi taklimat mengenai maklum balas Hamas menyifatkan ia sebagai "sedikit melampaui batas" tetapi tidak memberikan butiran lanjut.
Pegawai yang rapat dengan perkara itu menjangkakan Hamas akan membalas dengan cadangan balas - bukannya menolak atau terus menerima cadangan yang diberikan kepada mereka lebih seminggu lalu.
Sumber yang biasa menyifatkan tawaran balas Hamas yang telah lama ditunggu-tunggu sebagai "munasabah."
Ia tidak termasuk dua tuntutan yang sentiasa disebut-sebut iaitu tentera Israel meninggalkan Gaza atau untuk perjanjian menamatkan perang, kata pegawai itu.
Dalam satu kenyataan akhbar pada Selasa, Hamas berkata, pihaknya "meneliti cadangan itu dalam semangat yang positif, memastikan gencatan senjata yang menyeluruh dan lengkap, menamatkan pencerobohan terhadap rakyat kita, memastikan bantuan, perlindungan dan pembinaan semula, mengangkat kawalan di Semenanjung Gaza dan menyelesaikan pertukaran banduan.”
Minggu lalu, pemimpin kanan Hamas, Ismael Hanniyeh berkata: "Semakan cadangan baharu untuk gencatan senjata adalah berdasarkan asas bahawa sebarang rundingan membawa kepada penamatan sepenuhnya kepada pencerobohan itu."
Pejabat Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu pada Selasa mengesahkan Israel telah menerima maklum balas Hamas.
"Balasan Hamas telah disampaikan oleh pengantara Qatar kepada Mossad.
"Butirannya sedang dinilai dengan teliti oleh pegawai yang terlibat dalam rundingan," kata Pejabat Perdana Menteri dalam hantaran di akaun media sosial X.
Kini, apa yang menjadi halangan seterusnya ialah tindak balas Israel.
Sebarang desakan untuk gencatan senjata yang berkekalan mungkin kekal antara perkara penting dalam rundingan jangka panjang, kerana Netanyahu telah berikrar untuk meneruskan serangan di Gaza sehingga pemimpin Hamas terbunuh dan "kemenangan sepenuhnya" telah dicapai.
“Kami akan membunuh kepimpinan Hamas, oleh itu kami mesti terus bertindak di semua kawasan di Semenanjung Gaza. Peperangan tidak boleh berakhir sebelum itu. Ia akan mengambil masa - berbulan-bulan bukan bertahun-tahun,” kata Netanyahu pada Isnin.
Diplomat tertinggi AS pada Selasa mengulangi bahawa cadangan yang dikemukakan kepada Hamas adalah "serius" "yang bertujuan bukan sekadar mengulangi perjanjian sebelumnya, tetapi memperluaskannya."
“Masih banyak kerja yang perlu dilakukan, tetapi kami terus percaya bahawa perjanjian adalah mungkin dan sememangnya penting. Dan kami akan terus bekerja tanpa henti untuk mencapainya,” kata Blinken pada sidang akhbar itu. - Agensi
Agensi
Tue Feb 06 2024
Antony Blinken (kiri) berjabat tangan dengan Mohammed Bin Abdulrahman Al Thani, pada pertemuan di Doha, Qatar, 6 Feb 2024. - REUTERS
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Dialog Poket Rakyat: Subsidi - Antara Strategi, Realiti & Tingkah Laku Pengguna
Apakah realiti di akar umbi mengenai reformasi ekonomi berkaitan subsidi dan pelaksanaannya? Sejauh mana rakyat bersedia melepaskan kebergantungan mereka terhadap subsidi? Apakah strategi mengurangkan tekanan kewangan dan inflasi? Ini fokus diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
Taufan Man-Yi: Bekalan kuasa di Benguet hampir pulih 100 peratus
Benguet Electric Cooperative (beneco) menyasarkan untuk memulihkan kuasa di Benguet yang sebelum ini terjejas akibat dibadai taufan itu. Setakat Khamis, kuasa telah dipulihkan hampir 99.54 peratus daripada 233,411 sambungan pengguna.
MyDigital ID: Memperluas integrasi, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluas integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet, untuk memastikan akses yang lebih cepat dan mudah kepada perkhidmatan kewangan untuk rakyat Malaysia.
PBB akan berusaha cari jalan berkomunikasi dengan Netanyahu
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan berusaha mencari jalan untuk berkomunikasi dengan Benjamin Netanyahu.
AWFF: Kemenangan filem 'Abang Adik' suburkan harapan tersenarai dalam Oscar
Ia menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi atau Oscar ke-97 tahun depan.
Netanyahu sifatkan keputusan ICC sebagai antisemitik
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyifatkan keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran untuk menangkapnya atas dakwaan jenayah perang sebagai antisemitik.
COP29: Adakah capai persetujuaan?
Apabila Persidangan Perubahan Iklim (COP29) dimuktamadkan, adakah capai persetujuan mengenai dana kewangan iklim disalurkan kepada negara membangun?
Huawei lancar MatePad 12 X, jam pintar Huawei Watch D2
HUAWEI MatePad 12 X merupakan sebuah tablet yang menggabungkan produktiviti dan kreativiti dalam reka bentuk yang 'ultra-stylish'.
Ringgit ditutup rendah selepas kenaikan selama tiga hari
Ringgit mengakhiri urus niaga Jumaat dengan lebih rendah susulan aktiviti pengambilan untung selepas mencatat kenaikan selama tiga hari berturut-turut, sebelum ini.
Pemimpin G20 gesa gencatan senjata menyeluruh, perluasan bantuan kemanusiaan untuk Gaza
Pemimpin G20 menekankan keperluan mendesak untuk memperluaskan aliran bantuan kemanusiaan, memastikan perlindungan orang awam dan menghapuskan semua kekangan.
Jurucakap Hezbollah, Mohammad Afif maut dalam serangan Israel di Lubnan
Mohammad Afif terbunuh dalam serangan Israel ke atas sebuah bangunan di tengah Beirut, Lubnan.
“Sudah sampai masanya perang di Gaza ditamatkan” - Setiausaha Negara AS
Tebusan Israel harus dibebaskan dan satu rancangan jelas perlu diwujudkan untuk Israel berundur dari Gaza tanpa membenarkan Hamas kembali mentadbir di wilayah itu.
[KOLUMNIS] Kezaliman Zionis di bumi Palestin dan tindakan kita
Pengusiran orang-orang Arab Palestin dari tanah air mereka adalah perancangan utama Zionis Israel dan telah mengakibatkan orang Arab Palestin kekal menjadi pelarian sehingga hari ini.
Kehidupan di Gaza mustahil untuk diteruskan - Pelapor Khas PBB
Keadaan di Gaza jauh berbeza jika dibandingkan dengan perang di Ukraine, Syria mahupun Iraq sebelum ini.
Trump kembali ke White House, apa masa depan rakyat Gaza?
Amerika patut berhenti salur bantuan ketenteraan pada Israel dan perlu patuhi undang-undang antarabangsa yang sama tidak mengira siapa yang memegang jawatan nombor satu negara itu.
Qatar gantung peranan sebagai perantara Israel dan Hamas
Peranan berkenaan akan disambung semula apabila Hamas dan Israel "menunjukkan kesediaan" untuk berunding mengenai gencatan senjata dan pembebasan tebusan.
Kebuluran hampir berlaku di utara Gaza - Ketua WHO
"Terdapat kemungkinan besar bahawa kebuluran akan berlaku di utara Semenanjung Gaza," kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Selepas berbulan bersengketa, akhirnya Netanyahu pecat Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant
Pemecatan berlaku selepas Netanyahu hilang kepercayaan ke atas Gallant yang disifatkannya tidak sependapat dengan beliau dalam banyak hal.
Tian Chua, pakar seru tindakan ekonomi lebih tegas terhadap Israel di persidangan Palestin
Situasi di Gaza boleh dianggap sebagai definisi sebenar genosid, tegas bekas Ahli Parlimen Batu itu.