Keputusan itu dibuat beberapa jam sebelum tarikh akhir pada tengah malam untuk pekerja memilih program peletakan jawatan yang ditangguhkan.
Hakim berkata sesi pendengaran akan diadakan Isnin depan, bagi menimbang hujah sama ada langkah itu sah dari segi undang-undang. Lebih 60,000 pekerja pusat telah menerima tawaran itu.
Pekerja Agensi Perisikan Pusat (CIA) turut diberi tawaran sama pada Selasa.
Matlamat White House adalah untuk mengurangkan sehingga 10 peratus daripada tenaga kerja pusat melalui bayaran lebih, lapor media tempatan.
Pentadbiran Trump juga merancang untuk mengurangkan jumlah kakitangan Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat (USAID) yang melebihi 10,000 orang kepada kurang daripada 300 orang, lapor media AS.
Masih tidak jelas sama ada pengurangan besar ini akan bersifat sementara atau kekal.
-- BERNAMA
![](https://img.astroawani.com/2024-10/51729493751_freesize.jpg)