Ringkasan AI
- Google baru sahaja memperkenalkan Android 15 pada awal September 2024.
- Jika Android 16 diperkenalkan lebih awal, ia mungkin akan mengubah landskap pengeluar peranti. Pengeluar mungkin akan berlumba-lumba memperkenalkan peranti dengan sokongan sistem operasi terbaharu Android pada pertengahan kedua tahun.
- Biasanya, pelbagai peranti baharu diperkenalkan sekitar Ogos, termasuk Google Pixel sendiri. Perkembangan ini mungkin akan mempengaruhi jadual pengenalan peranti pada masa hadapan.
Mengikut desas-desus terbaharu, Google mungkin mempercepatkan pembangunan sistem operasi Android yang seterusnya, dan mungkin memperkenalkannya beberapa bulan lebih awal.
Pada tahun ini, Google memperkenalkan Android 15 pada awal September, sementara Android 14 pada awal Oktober, dan Android 13 pada pertengahan Ogos.
Untuk Android 16 pula, Google dikatakan mungkin mempercepatkan pengenalannya sekitar suku kedua 2025, iaitu mungkin pada Jun 2025.
Jika benar, maka ia mungkin merubah landskap pengeluar peranti, di mana lebih ramai akan berlumba memperkenalkan peranti dengan sokongan sistem operasi terbaharu Android ketika pengenalan peranti pertengahan kedua sesuatu tahun.
Kebiasaannya, pelbagai peranti baharu diperkenalkan sekitar Ogos, termasuk Google Pixel sendiri.
Sama-sama kita ikuti perkembangan Android 16 ini, dan nantikan apakah ciri baharu yang akan disertakan bersama-sama dengannya kelak. -Amanz