"Disebabkan konflik berterusan yang tidak dapat diramalkan antara Hezbollah dan Israel serta insiden letupan baru-baru ini di seluruh Lubnan termasuk Beirut, Kedutaan AS menggesa warga AS untuk meninggalkan Lubnan sementara pilihan komersial masih tersedia.
"Pada masa ini, penerbangan komersial tersedia, tetapi pada kapasiti yang dikurangkan. Jika keadaan keselamatan bertambah buruk, pilihan komersial untuk berlepas mungkin tidak lagi tersedia," menurut kenyataan itu.
Ketegangan antara Israel dan Hezbollah semakin memuncak di tengah-tengah peningkatan serangan rentas sempadan sejak bermulanya perang Israel di Semenanjung Gaza. - BERNAMA