JAKARTA: Gereja Katedral di ibu negara Indonesia menyumbang seekor lembu korban kepada Masjid Istiqlal sempena sambutan Hari Raya Aidiladha hari ini.

Menurut jurucakap Masjid Istiqlal, Ismail Cawidu, sumbangan haiwan korban itu sebagai tanda toleransi agama dan persahabatan.

Seperti yang dilakukan sebelum ini, gereja berkenaan turut menyediakan tempat letak kereta untuk umat Islam menunaikan solat Aidiladha pada pagi Isnin.

“Ini adalah dasar timbal balik yang telah dilaksanakan sejak sekian lama.

"Semasa Krismas, Masjid Istiqlal juga membuka tempat letak kereta untuk jemaah,” ujar Ismail.

Masjid terbesar di rantau ini menerima sekitar 250,000 jemaah untuk mendirikan solat sunat Aidiladha.