Gempa bumi terbaharu semalam di Banten, yang turut mengegarkan kota Jakarta, menimbulkan trauma, panik dan kebimbangan warga kota yang didiami lebih 10 juta orang itu.
Warga kota Jakarta yang berada di dalam bangunan dan rumah, bergegas keluar, dan trauma itu berterusan dengan kebimbangan berlakunya gempa susulan yang lebih kuat malam tadi, yang memungkinkan berlakunya impak besar.
Pesanan mesej berantai kemudiannya tersebar luas menerusi aplikasi media sosial: "letak sudu dalam gelas sebelum tidur".
Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika Indonesia (BMKG), dua gempa susulan berlaku, selepas gempa bermagnitud 7.4. skala Richter di Banten pada 7.03 petang semalam, iaitu bermagnitud 5.6 skala Richter pada 11.10 malam dan 4.4 Skala Richter pada 12.22 malam di wilayah Banten.
BACA: Lebih 100 rumah rosak akibat kejadian gempa Banten semalam
Dipetik media tempatan berkaitan mesej berantai untuk meletakkan sudu atau garpu dalam gelas sebelum tidur itu, Ketua Pusat Gempa Bumi dan Tsunami BMKG, Rahmat Triyono, berkata ia sesuatu yang rasional agar mereka yang sedang tidur terdengar bunyi dentingan sudu atau garpu sekiranya berlaku gempa bumi.
"Ya, kalau berlaku gempa bumi yang kuat, sudu atau garpu yang diletakkan dalam gelas kaca, pasti bergoncang dan berbunyi, bisa mengejutkan mereka yang tidur, sebagai amaran untuk berevakuasi, atau letakkan gelas di tepi meja, yang akan jatuh dan mengejutkan mereka yang tidur," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 03 2019
Pesanan mesej berantai kemudiannya tersebar luas menerusi aplikasi media sosial: "letak sudu dalam gelas sebelum tidur". - Gambar fail
Tumpuan Rabu – 25 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
American Airlines tarik balik pemberhentian penerbangan sementara
Menerusi hantaran media sosial di X, syarikat tersebut memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku serta akan berusaha untuk menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin.
Bekas ketua dadah Mexico dibebaskan dari penjara Amerika Syarikat
Ochoa dihantar pulang oleh Kerajaan Amerika Syarikat dan kini diisytiharkan bebas daripada sebarang tuduhan undang-undang.
10 Berita Pilihan - (24 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Menara Eiffel akan dibuka secara berperingkat
Namun begitu, menurut kenytaan media syarikat yang menguruskan menara itu berkata, pengunjung hanya diberikan akses sehingga tingkat dua.
12 maut, empat cedera kilang bahan letupan meletup
Menurut Menteri dalam Negeri Ali Yerlikaya, pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci untuk mengenal pasti punca letupan itu berlaku.
Polis Marin rekod hasil rampasan tertinggi libatkan kontraban
Pasukan Polis Marin (PPM) merekodkan nilai rampasan kira-kira RM216 juta bagi tempoh Januari hingga November tahun ini.
Dongeng Sang Kancil sentuhan moden cerita rakyat
Selepas karya Upin dan Ipin dikenali ramai, Les' Copaque kini melakar kejayaan lebih jauh dengan watak popular cerita rakyat menerusi filem ‘Dongeng Sang Kancil’.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
PETRONAS rai tahun baru dengan filem perayaan 'Setulus Hati'
PETRONAS menyambut tahun baharu dengan filem istimewa bertajuk ‘Setulus Hati’ yang mengetengahkan keunikan budaya Peranakan.
Model adaptasi kaji iklim, bencana mampu buat ramalan lebih tepat
Mendepani dua dekad Tsunami yang mengorbankan ratusan ribu nyawa, Universitas Syiah Kual, Aceh melakukan pengadaptasian model perubahan iklim yang menggabungkan kajian perubahan iklim dan bencana.
Vanuatu sambung semula operasi penerbangan selepas gempa bumi
Airports Vanuatu Limited, pemilik dan pengendali Lapangan Terbang Antarabangsa Port Vila membuat pengumuman itu pada Sabtu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Vanuatu bergelut hadapi kesan gempa bumi yang ragut 14 nyawa
Negara Pasifik Selatan, Vanuatu, memohon bantuan antarabangsa selepas gempa bumi bermagnitud 7.3 meragut sekurang-kurangnya 14 nyawa, termasuk dua rakyat China, serta merosakkan bangunan dan infrastru
Bekalan elektrik terputus, beberapa kedutaan di Vanuatu musnah akibat gempa
Kedutaan AS mengalami kerosakan besar dan akan ditutup sehingga diberitahu kelak.
Amaran tsunami ditarik balik selepas gempa bumi 7.3 magnitud landa Vanuatu
Gempa berlaku pada 12:47 waktu tempatan pada Selasa, dengan kedalaman 43 kilometer, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Amaran tsunami ditarik balik selepas gempa 7.0 pada skala Richter landa California
Gempa berlaku lebih 60 batu di barat daya Ferndale, Humboldt County, manakala pusat gempa terletak 45 batu di barat daya Eureka.
Gempa bumi lemah dikesan di Tawau
Pusat gempa terletak 4.5 darjah utara dan 118.1 darjah timur dengan kedalaman 10km, iaitu sekitar 17km dari pusat bandar Tawau.