Gempa bumi berkuatan 5.5 pada skala Richter melanda Padang di Sumatera Indonesia menyebabkan penduduk kota Minangkabau itu dilaporkan bertempiaran lari keluar dari kediaman dan bangunan.
Gempa pada 2.55 petang waktu tempatan itu dilaporkan berpusat sembilan kilometer arah tenggara Padang, dengan kedalaman 10 kilometer di bawah tanah.
Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika Indonesia (BMKG), kejadian 2.45 petang itu yang paling kuat setakat ini itu adalah susulan enam gempa sebelumnya yang berlaku sejak 2.58 pagi tadi.
Gempa pertama dicatatkan pada 2.58 pagi tadi pada 4.7 Skala Richter yang berpusat di Mentawai, Sumatera Barat dan disusuli gempa berskala rendah.
Gempa itu dilaporkan tidak berpotensi berlaku tsunami.
Menurut media Indonesia, penduduk dilaporkan bertempiaran lari keluar dari bangunan dan kediaman dalam kejadian petang ini itu.
Setakat ini belum ada maklumat atau laporan berhubung kerosakan harta benda atau kemalangan jiwa.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 21 2018
![Gempa melanda Padang, Indonesia Gempa melanda Padang, Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/61532174620_PadangIndonesia.jpg)
Gempa pertama dicatatkan pada 2.58 pagi tadi pada 4.7 Skala Richter yang berpusat di Mentawai, Sumatera Barat dan disusuli gempa berskala rendah.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Gempa bumi Mindanao: Gegaran dirasai di Kota Kinabalu dan Tawau Gempa bumi Mindanao: Gegaran dirasai di Kota Kinabalu dan Tawau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720675900_GempaSabah.jpg)
Gempa bumi Mindanao: Gegaran dirasai di Kota Kinabalu dan Tawau
Pasukan bomba turut melakukan pemantauan di daerah lain antaranya Ranau, lokasi Gunung Kinabalu, Penampang, Lahad Datu dan Sandakan.
![Gempa bumi kuat 6.6 skala richter landa Mindanao, Filipina Gempa bumi kuat 6.6 skala richter landa Mindanao, Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/81608076420_Gempabumi.jpg)
Gempa bumi kuat 6.6 skala richter landa Mindanao, Filipina
Gempa bumi kuat berukuran 6.6 pada skala Richter melanda Mindanao, Filipina pada 10.13 pagi tadi.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Gempa bumi kuat landa selatan Afrika Gempa bumi kuat landa selatan Afrika](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720595819_Gempabumi.jpg)
Gempa bumi kuat landa selatan Afrika
Gempa dengan kedalaman 14 km itu berlaku di 2,143 km selatan dari Port Elizabeth, Afrika Selatan.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![12 cedera dalam gempa bumi di Jawa Tengah 12 cedera dalam gempa bumi di Jawa Tengah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720437883_TBgempaBumi.jpg)
12 cedera dalam gempa bumi di Jawa Tengah
Gempa bumi berukuran 4.4 magnitud yang melanda daerah Batang, Pekalongan dan Kendal di Jawa Tengah pada Ahad menyebabkan sekurang-kurangnya 12 penduduk cedera.
![Gempa bumi 6 skala Richter landa Kepulauan Bonin, Jepun Gempa bumi 6 skala Richter landa Kepulauan Bonin, Jepun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720404635_gempabumi.jpg)
Gempa bumi 6 skala Richter landa Kepulauan Bonin, Jepun
Satu gempa bumi kuat berukuran enam pada skala Richter dikesan berlaku di Kepulauan Bonin, Jepun pada 4.01 pagi tadi.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Wisma Putra pantau kesan gempa bumi di Peru, rakyat Malaysia dinasihat berwaspada Wisma Putra pantau kesan gempa bumi di Peru, rakyat Malaysia dinasihat berwaspada](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719580161_TBindonesia.jpg)
Wisma Putra pantau kesan gempa bumi di Peru, rakyat Malaysia dinasihat berwaspada
Rakyat Malaysia di kawasan terjejas dinasihatkan untuk berwaspada dan mengikuti perkembangan terkini serta nasihat pihak berkuasa tempatan.