Seorang lagi rakyat Malaysia dilaporkan terbunuh dalam kejadian tanah runtuh di kawasan Air Terjun Tiu Kelep Senaru, Lombok, pasca gempa bumi di pulau itu petang tadi.
Menurut agensi berita Indonesia, Antara, mayat mangsa dilaporkan ditemui tersepit dan tertimbus di celah runtuhan batu di kawasan berkenaan oleh pasukan mencari dan menyelamat.
Memetik Pegawai Hubungan Masyarakat Operasi Mencari dan Menyelamat Mataram, Lombok, Gusti Lanang Wisnuwandana, mayat mangsa yang belum dikenal pasti identitinya itu masih belum dapat dikeluarkan dari kawasan kejadian.
"Ada satu korban lagi yang ditemukan dalam kondisi (keadaan) tersepit batu berukuran besar di sekitar lokasi air terjun Tiu Kelep. Tapi identitasnya (identiti) belum diketahui," katanya.
Jurucakap Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta ketika dihubungi mengesahkan perkara itu, namun masih belum mempunyai maklumat terperinci.
Berdasarkan maklumat terkini itu, tiga terkorban, termasuk dua rakyat Malaysia dalam kejadian gempa bumi yang berlaku di Lombok hari ini yang turut menyebabkan puluhan cedera dan hampir 500 rumah musnah.
Seorang rakyat Malaysia,Timbalan Ketua Pengarang Eksekutif Sin Chew Daily Datin Tai Siew Kim, 56, disahkan terbunuh dalam gempa bumi berukuran lebih 5.0 pada skala Richter di Pulau Lombok, Indonesia hari ini.
BACA: Gempa Lombok: Warga Malaysia yang maut dikenal pasti
Gempa pertama bermagnitud 5.8 Skala Richter berlaku pukul 2.07 petang waktu Indonesia Barat, berpusat di 24km timur laut Timur Lombok - Nusa Tenggara Barat.
Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) Indonesia, ia disusuli dengan satu lagi gempa bermagnitud 5.2 Skala Richter, berpusat di 7km barat laut Lombok Timur- Nusa Tenggara Barat, pukul 2.09 petang.
Sementara itu seorang ejen pelancongan yang menguruskan kumpulan 28 rakyat Malaysia itu dikenali sebagai " Pak Suminggah" berkata seramai 22 daripada mereka ke kawasan air terjun itu siang tadi.
Suminggah berkata kesemua mereka 28 orang yang tiba di Lombok pada 14 Mac lepas dan dijadualkan pulang malam esok.
"Enam lagi tidak turut serta, berada di Hotel Mascot Mataram. Daripada 22 yang pergi ke air terjun itu, enam cedera telah dibawa ke pusat kesihatan Lombok untuk dapatkan rawatan.
"Seorang lagi disahkan turut meninggal dunia, tapi mayatnya masih tertindih batu besar, mungkin esok baru dapat dikeluarkan, kami belum dapat data lengkap identitinya, kekangan komunikasi dan pelbagai masalah sedang berlaku," kata Suminggah.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 17 2019

Gempa pertama bermagnitud 5.8 Skala Richter berlaku pukul 2.07 petang waktu Indonesia Barat, berpusat di 24km timur laut Timur Lombok - Nusa Tenggara Barat.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Gempa Lombok: Dua rakyat Malaysia yang terkorban dibawa pulang hari ini
Pihak berkuasa tempatan sedang menguruskan kedua-dua rakyat Malaysia yang terkorban itu untuk dibawa pulang ke Malaysia hari ini.

Gempa Lombok: Seorang lagi rakyat Malaysia dilaporkan terkorban
Seorang lagi rakyat Malaysia dilaporkan terbunuh dalam kejadian tanah runtuh di kawasan Air Terjun Tiu Kelep Senaru, Lombok, pasca gempa bumi di pulau itu petang tadi.