KUALA LUMPUR: Pasukan Islamic Relief terpaksa berhadapan dengan cuaca sejuk dalam menjalankan misi bantuan bencana gempa bumi di Turkiye dan Syria.
Ketua Pegawai Eksekutif Islamic Relief Malaysia, Mohd Shukor Tahir berkata, pasukan Islamic Relief merupakan antara pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kemanusiaan pertama yang tiba bagi menghulurkan bantuan kepada mangsa gempa bumi yang melanda tengah Turkiye dan barat laut Syria, dua hari lalu.
"Sebenarnya beberapa jam selepas gempa berlaku, Islamic Relief Worldwide telah menyalur bantuan serta merta dengan dana sebanyak 500,000 pound. Islamic Relief Worldwide adalah salah satu NGO terawal berada di situ kerana kita memang ada pasukan di Turkiye dan Syria.
"Di samping itu Islamic Relief juga telah melancarkan Tabung Rayuan Kecemasan Global sebanyak RM103 juta bagi menyediakan bantuan kemanusiaan segera kepada penduduk terjejas.
"Kekangan adalah cuaca yang sejuk di kawasan gempa, di samping jalan raya serta komunikasi terputus memberi cabaran kepada para petugas untuk bergerak dengan lebih efektif, " katanya ketika muncul dalam Buletin AWANI, pada Rabu.
Beliau juga memberitahu, Islamic Relief di Turkiye dan Syria sentiasa bekerjasama rapat dengan pihak kerajaan di sana bagi memastikan misi bantuan dapat dikoordinasi dengan baik dan bantuan kepada mangsa akan sampai pada kadar segera.
Ketika ini, keperluan yang amat mendesak adalah makanan, ubat-ubatan dan barang bukan makanan seperti khemah, tilam, selimut dan baju sejuk.
"Islamic Relief Malaysia telah melancarkan Tabung Rayuan Gempa Bumi, jadi rakyat Malaysia yang mahu menghulurkan bantuan boleh melayari laman web kami untuk maklumat lanjut," katanya lagi.
Madiha Abdullah
Wed Feb 08 2023
Pasukan Islamic Relief terpaksa berhadapan dengan cuaca sejuk dalam menjalankan misi bantuan bencana gempa bumi di Turkiye dan Syria. - Gambar REUTERS
Penduduk diminta berpindah susulan amaran banjir di utara Australia
Pihak berkuasa mengeluarkan amaran kecemasan dan menggesa penduduk mempertimbangkan untuk berpindah susulan banjir.
1 maut, 11 hilang kenderaan terjunam ke dalam terusan di Haryana, India
Seorang maut manakala 11 lagi dilaporkan hilang selepas sebuah kenderaan terjunam ke dalam Terusan Bhakra.
Bekas Presiden Jerman Horst Kohler meninggal dunia pada usia 81 tahun
Bekas Presiden Jerman Horst Kohler meninggal dunia pada Sabtu pada usia 81 tahun selepas mengalami sakit dalam tempoh singkat.
Perdagangan Uzbekistan-Malaysia meningkat kepada AS$102.4 juta pada 2024
Eksport meningkat 1.3 kali ganda, manakala import meningkat 1.6 kali ganda, mencerminkan minat bersama yang semakin meningkat dalam perdagangan.
Komuniti antarabangsa kutuk rejim tentera Myanmar pada ulang tahun rampasan kuasa
Rejim tentera didesak supaya meredakan konflik, memastikan akses kemanusiaan tanpa halangan serta mengutamakan perlindungan orang awam.
50 pesakit dari Gaza masuk Mesir melalui pintu sempadan Rafah untuk rawatan
Mereka merupakan kumpulan pertama pesakit Gaza yang memasuki Mesir melalui pintu masuk itu bagi mendapatkan rawatan perubatan sejak Mei tahun lepas.
1.5 juta penganut Hindu dijangka banjiri P. Pinang sempena Thaipusam
Semua pihak terutama kuil dan jawatankuasa yang terlibat sempena perayaan itu sedang melakukan persiapan rapi.
Pembelian 30 pesawat pejuang dari Kuwait dimuktamad tahun ini - Adly
Perkara itu dimuktamad selepas semua dokumentasi antara Kuwait Air Force (KAF) dan Amerika Syarikat diselesaikan dalam masa terdekat.
India umum langkah belanjawan pacu pertumbuhan ekonomi, tingkat perbelanjaan ketenteraan
Ekonomi India dijangka berkembang pada kadar 6.4 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026.
Pulau Pinang terus jadi tumpuan pelancong pada musim cuti
Kedai-kedai nasi kandar di Jalan Gurdwara dan Jalan Datuk Keramat serta cendol dan air sarbat di Jalan Penang di sini menjadi tumpuan pelancong.
'Jangan derma pakaian buruk dan makanan dalam tin'
Orang ramai diingatkan supaya tidak menderma makanan dalam tin atau pakaian buruk sebagai satu tempat untuk membuang barangan yang tidak diperlukan.