SATU gempa bumi sederhana dengan kekuatan 5.6 skala Ritcher berlaku di Mindanao, Filipina pada pukul 3.55 petang ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa bumi itu adalah pada jarak 49km barat daya dari Marawi, Filipina pada kedalaman 517km.

Bagaimanapun, kenyataan itu berkata tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

-- BERNAMA