GEMPA bumi sederhana bermagnitud 5.3 skala Richter dilaporkan berlaku di Guam yang terletak sekitar 5311 km sebelah barat Kepulauan Hawaii pada 10.55 malam waktu tempatan (Isnin).

Menurut laporan Pacific Daily News, gempa itu berpusat 14 batu di utara Yigo, sedalam 78 batu dan turut dirasai di Marianas Utara.

Kajian Geologi Amerika Syarikat pada mulanya melaporkan gempa itu mempunyai magnitud 5.8 dan terletak 30 batu di utara Yigo pada kedalaman 70 batu.

Pejabat Pertahanan Awam memaklumkan bahawa tiada ancaman tsunami kepada Guam atau Marianas akibat gempa itu.

Walaupun gempa itu dirasai secara meluas, tidak ada laporan utama kerosakan atau kecederaan, menurut laporan.

Guam adalah salah sebuah pulau terbesar dari semua Kepulauan Mariana dan ia terletak sekitar 5311 km sebelah barat Kepulauan Hawai.