ISTANBUL: Gempa bumi berukuran 5.3 pada skala Richter menggegarkan Filipina pada Isnin, menurut Institut Vulkanologi dan Seismologi negara itu.

Institut itu memaklumkan bahawa gempa bumi itu melanda wilayah utara Abra pada 05:06 petang waktu tempatan (0906GMT), lapor Agensi Anadolu.

Tiada kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda dilaporkan setakat ini.

Wilayah Abra memiliki populasi sekitar 250,985 orang dan menjadi sebahagian daripada wilayah pentadbiran Cordillera di negara Asia Tenggara itu.

Menurut Tinjauan Geologi AS, gempa bumi berukuran 5.2 pada skala Richter itu dilaporkan pada kedalaman 14 kilometer (8.6 batu) dari dasar laut.

-- BERNAMA