Gempa bumi kuat berukuran 7.2 pada skala Richter menggegarkan semenanjung Minahassa, Sulawesi Indonesia pada pukul 6.02 petang ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gegaran itu berlaku kira-kira 80 km utara dari Palu, republik itu.

Dua gempa susulan yang berukuran 5.3 dan 5.9 pada skala Richter masing-masing pada 6.14 petang dan 6.16 petang, turut dilaporkan melanda lokasi sama.

Tiada tsunami ekoran gegaran berkenaan.

-- BERNAMA