MOSCOW: Gempa bumi dengan kekuatan 6.1 pada skala Richter melanda pantai pulau Crete di Greece pada pagi Rabu, lapor Sputnik.

Menurut Pusat Seismologi Mediterranean Eropah (EMSC), gempa bumi berlaku pada 05:08 GMT dengan pusat gempa terletak 89 kilometer dari selatan Heraklion.

-- BERNAMA