JAKARTA: Gempa bumi berukuran 5.2 magnitud menggegarkan wilayah timur Indonesia Maluku pada Khamis.

Agensi meteorologi, klimatologi dan geofizik (BMKG) negara itu berkata, gempa berlaku pada jam 9 pagi waktu tempatan.

Pusat gempa dikesan di kedudukan 131 km barat daya daerah Maluku Tenggara pada kedalaman 154 km di bawah dasar laut.

Gempa bumi itu bagaimanapun tidak berpotensi mencetuskan ombak besar, kata agensi itu lagi.