SINGAPURA: Kes COVID-19 di Singapura kembali meningkat sejak sebulan lepas, berpunca terutamanya oleh subvarian Omicron XBB dengan gelombang jangkitan XBB dijangkakan memuncak pada pertengahan November 2022.
Kementerian Kesihatan (MOH) berkata, pihaknya menjejaki rapat trajektori gelombang itu dan mengambil langkah untuk memastikan kapasiti penjagaan kesihatan kekal dilindungi.
"Di Singapura, XBB kini menjadi subvarian utama yang menular dalam komuniti, menyumbang 54 peratus kes tempatan pada minggu ketiga hingga 9 Okt berbanding 22 peratus minggu sebelumnya," menurut MOH dalam satu kenyataan di sini, pada Sabtu.
Kementerian itu berkata subvarian dominan BA.5 sebelum ini, kini dianggarkan menyumbang 21 peratus daripada kes tempatan manakala subvarian BA.2.75 menyumbang 24 peratus daripada kes.
MOH berkata ada bukti bahawa XBB mungkin memacu semula peningkatan jangkitan.
"Perkadaran jangkitan semula dalam kalangan jumlah kes COVID-19 di Singapura meningkat sejak sebulan lepas dengan jangkitan semula kini menyumbang kira-kira 17 peratus daripada jumlah kes baharu," menurut kenyataan itu.
Memandangkan imuniti daripada jangkitan semula jadi dalam populasi mungkin semakin berkurangan dari semasa ke semasa maka adalah penting untuk memastikan penduduk mendapat perlindungan minimum daripada vaksinasi selain menentukan vaksinasi sentiasa dikemas kini bagi melindungi diri daripada jangkitan yang teruk.
Peningkatan kes kemasukan ke hospital di republik itu juga selari dengan peningkatan kes tempatan secara keseluruhan.
"Yang penting, jumlah kes teruk kekal rendah," menurut MOH.
Setakat 14 Okt 2022, jumlah kes kemasukan ke hospital, memerlukan bekalan oksigen dan yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) masing-masing sebanyak 562,44 dan sembilan, berbanding masing-masing sebanyak 365,37 dan 13 kes seminggu lepas, walaupun Purata Pergerakan Kes Tempatan tujuh hari meningkat kepada 7,716 kes berbanding 4,714 dalam tempoh sama.
Berdasarkan maklumat semasa, MOH menjangkakan "gelombang jangkitan XBB akan memuncak sekitar pertengahan November 2022."
"Dengan menggunakan gelombang BA.5 sebagai petunjuk, kes kemasukan ke hospital kemudiannya memuncak kepada 800 pada Julai 2022, hospital kami dapat menangani jumlah itu," menurut kementerian itu.
Subvarian Omicron XBB pertama kali dikesan pada Ogos 2022 di India dan sejak itu ia dikesan di lebih 17 negara termasuk Australia, Bangladesh, Denmark, India, Jepun dan AS.
"Walaupun pemerhatian oleh negara-negara yang melaporkan XBB, varian itu boleh menular seperti varian lain namun, tiada bukti XBB boleh menyebabkan kesakitan lebih teruk," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 15 2022
![Gelombang jangkitan XBB COVID-19 memuncak menjelang pertengahan Nov 2022 - MOH Singapura Gelombang jangkitan XBB COVID-19 memuncak menjelang pertengahan Nov 2022 - MOH Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/81645175814_MerlionPark.jpg)
Kementerian Kesihatan berkata, pihaknya menjejaki rapat trajektori gelombang itu dan mengambil langkah untuk memastikan kapasiti penjagaan kesihatan kekal dilindungi. - Gambar fail
![Bank buku diwujudkan di perpustakaan awam negeri - Saraswathy Bank buku diwujudkan di perpustakaan awam negeri - Saraswathy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721222006_SaraswathyKandasami.jpg)
Bank buku diwujudkan di perpustakaan awam negeri - Saraswathy
Setiap bahan bacaan itu akan ditapis terlebih dahulu bagi memastikan kandungannya bersesuaian untuk pelajar.
![Ahli Parlimen Machang mungkin digantung 6 bulan Ahli Parlimen Machang mungkin digantung 6 bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705870474_WanAhmadFayhsalP.jpg)
Ahli Parlimen Machang mungkin digantung 6 bulan
Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal berkemungkinan bakal digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan.
Chelsea siasat laungan perkauman Enzo terhadap Perancis
Kelab bola sepak Chelase pada Rabu mengumumkan prosedur tatatertib ke atas pemain tengah mereka, Enzo Fernandez, susulan dakwaan telah mengeluarkan laungan bersifat perkauman terhadap Colombia, selepas memenangi Piala Copa America 2024 bersama skuad Argentina.
Lebih daripada 60 kanak-kanak ditahan, dipukul, diseksa di El Salvador
Lebih 60 kanak-kanak di El Salvador ditahan, diseksa dan dipukul secara rambang semenjak kerajaan mengisytiharkan darurat lebih dua tahun lalu untuk membanteras amalan gangsterime.
Datuk Bandar Paris berenang, yakin sungai Seine bersih
Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo berenang di Sungai Seine menjelang acara olimpik sebagai usaha menyakinkan orang ramai bahawa kualiti sungai tersebut cukup bersih dan bersedia untuk digunakan.
Biden akan tarik diri jika doktor dedahkan ada masalah kesihatan
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden berkata beliau akan menarik diri daripada Pilihan Raya Presiden jika doktor mendedahkan beliau mempunyai masalah kesihatan.
Wanita racun lima orang kemudian bunuh diri
Seorang wanita berusia 56 tahun dipercayai meracuni lima pelancong Vietnam dengan sianida yang dihidangkan dalam cawan kemudian meminum racun itu sendiri di sebuah hotel mewah di Bangkok, menurut polis pada Rabu.
Sarawak tarik pelaburan RM4.2 bilion
Sarawak berjaya menarik RM4.2 bilion dalam pelaburan yang diluluskan pada suku pertama 2024, bahagian penting dalam Agenda Pertumbuhan Negara berikutan pelancaran Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030.
RUU Perubatan (Pindaan) 2024 diluluskan
Rang Undang-Undang (RUU) Perubatan (Pindaan) 2024 bertujuan menambah baik peruntukan untuk melaksanakan proses kelulusan dan kepakaran pengamal perubatan, diluluskan di Dewan Rakyat hari ini.
Kerjasama dengan Ericsson mampu angkat Malaysia - PM Anwar
Kerjasama dengan Ericsson mampu angkat Malaysia - PM Anwar
![Empat kes COVID-19 dikesan dalam kalangan mangsa banjir di Johor sehingga semalam Empat kes COVID-19 dikesan dalam kalangan mangsa banjir di Johor sehingga semalam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51704510399_TBBANJIRJOHORj.jpg)
Empat kes COVID-19 dikesan dalam kalangan mangsa banjir di Johor sehingga semalam
Empat kes COVID-19 dikesan dalam kalangan mangsa banjir di Johor yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) sejak Sabtu lepas hingga semalam.
![Jumlah kes COVID-19 menurun 15.7 peratus Jumlah kes COVID-19 menurun 15.7 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41683119103_DrZalihaMustafa.jpg)
Jumlah kes COVID-19 menurun 15.7 peratus
Jumlah kes COVID-19 menurun 15.7 peratus pada Minggu Epidemologi ke-23 (ME 23/2023) iaitu bagi tempoh 4 Jun hingga 10 Jun kepada 3,814 kes berbanding 4,523 kes yang dilaporkan pada minggu sebelumnya.
![Kes harian COVID-19 di Jepun pecah rekod dua hari berturut-turut Kes harian COVID-19 di Jepun pecah rekod dua hari berturut-turut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71652966983_TBJapan.jpg)
Kes harian COVID-19 di Jepun pecah rekod dua hari berturut-turut
Jepun mencatatkan 233,100 kes harian COVID-19 pada Khamis memecah rekod baharu untuk hari kedua berturut-turut yang turut menyaksikan peningkatan pengunaan katil di hospital.
![Kes COVID-19 di Kelantan tidak meningkat meskipun ramai perantau pulang - Dr Izani Kes COVID-19 di Kelantan tidak meningkat meskipun ramai perantau pulang - Dr Izani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/61629777422_DrIzaniHusin.jpg)
Kes COVID-19 di Kelantan tidak meningkat meskipun ramai perantau pulang - Dr Izani
Bilangan kes COVID-19 di Kelantan tidak menunjukkan peningkatan meskipun dengan kepulangan begitu ramai perantau menyambut Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.
![KKM jangka kes COVID-19 akan meningkat selepas Aidilfitri - Khairy KKM jangka kes COVID-19 akan meningkat selepas Aidilfitri - Khairy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/71650100832_KhairyJamaluddin.jpg)
KKM jangka kes COVID-19 akan meningkat selepas Aidilfitri - Khairy
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan kes penularan COVID-19 akan meningkat pada perayaan Aidilfitri ini.
![Kes COVID-19 melonjak di Australia akibat subvarian Omicron Kes COVID-19 melonjak di Australia akibat subvarian Omicron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/61628909902_newsouthwales.jpg)
Kes COVID-19 melonjak di Australia akibat subvarian Omicron
Kes jangkitan harian COVID-19 di beberapa negeri di Australia menyaksikan peningkatan mendadak susulan subvarian BA.2 Omicron, lapor Xinhua.
![COVID-19: Kes libatkan kanak-kanak semakin banyak di Labuan COVID-19: Kes libatkan kanak-kanak semakin banyak di Labuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71645051624_vaksinCOVIDkan.jpg)
COVID-19: Kes libatkan kanak-kanak semakin banyak di Labuan
Kes COVID-19 melibatkan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun semakin meningkat di Labuan.
![Kes jangkitan COVID-19 kanak-kanak di Sabah tinggi, libatkan 33 bayi - Masidi Kes jangkitan COVID-19 kanak-kanak di Sabah tinggi, libatkan 33 bayi - Masidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/41644764272_PICKidsGeneric.jpg)
Kes jangkitan COVID-19 kanak-kanak di Sabah tinggi, libatkan 33 bayi - Masidi
Kes jangkitan COVID-19 hari ini direkodkan tinggi dalam kalangan kanak-kanak di Sabah iaitu 518 kes dengan 33 kes daripadanya melibatkan bayi.
![Malaysia rekod trend penurunan kes COVID-19 sejak Minggu Epidemiologi ke-34 Malaysia rekod trend penurunan kes COVID-19 sejak Minggu Epidemiologi ke-34](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/51635065208_DGHisham.jpg)
Malaysia rekod trend penurunan kes COVID-19 sejak Minggu Epidemiologi ke-34
Malaysia merekodkan trend penurunan kes COVID-19 sejak kebelakangan ini apabila mencatat penurunan kes sejak Minggu Epidemiologi (ME) ke-34.
![COVID-19: 7,509 jangkitan baharu, 9,531 kes sembuh dilaporkan COVID-19: 7,509 jangkitan baharu, 9,531 kes sembuh dilaporkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/81609758823_saringan.jpg)
COVID-19: 7,509 jangkitan baharu, 9,531 kes sembuh dilaporkan
Pertambahan kes baharu itu menjadikan kumultif kes ketika ini adalah 2,384,542 kes.