RAMALLAH: Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) memberi amaran Semenanjung Gaza di ambang kehilangan seluruh generasi kanak-kanak akibat serangan berterusan Israel sejak 7 Okt 2023.


Ringkasan AI
  • UNRWA memberi amaran bahawa Semenanjung Gaza berisiko kehilangan seluruh generasi kanak-kanak akibat serangan berterusan Israel sejak 7 Okt 2023.
  • Lebih 600,000 kanak-kanak di Gaza tidak dapat bersekolah kerana sekolah ditutup dan dijadikan tempat perlindungan oleh UNRWA.
  • UNRWA menggesa gencatan senjata demi keselamatan dan masa depan kanak-kanak di Gaza.


Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA) melaporkan Pengarah Komunikasi UNRWA, Juliette Touma berkata dalam satu hantaran di X bahawa lebih 600,000 kanak-kanak di Gaza tidak dapat bersekolah sejak perang Israel bermula pada ni Oktober.

Beliau merujuk kepada penutupan sebilangan besar sekolah dan sekolah-sekolah UNRWA menjadi tempat perlindungan bagi mereka yang hilang tempat tinggal.

"Ini bermakna jika perang ini berterusan, kita akan menghadapi risiko kehilangan seluruh generasi kanak-kanak,"katanya.

Pengarah Komunikasi agensi bantuan itu menggesa gencatan senjata demi kanak-kanak di Gaza.

-- BERNAMA