Enam mayat ditemui dalam insiden feri karam berdekatan Dhaka, Bangladesh yang melibatkan kira-kira 200 penumpang dan anak kapal pada Khamis.

Menurut laporan agensi berita Reuters, kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 3.30 petang (09:30 GMT) di Sungai Meghna akibat cuaca buruk.

Feri M.V. Miraj-4 yang dalam perjalanan dari Dhaka menuju ke Shariatpur itu dilaporkan terbalik dan menurut jurucakap pegawai bertugas, angka kematian dijangka terus meningkat.

"Kami dalam perjalanan menuju ke lokasi bersama pasukan penyelamat," Timbalan Pesuruhjaya daerah Munshiganj, Saiful Hassan Badal dipetik sebagai berkata kepada Reuters.

Tambahnya, pasukan tentera laut dan pengawal pantai telah menghantar pasukan penyelamat serta sebuah kapal dari Dhaka.

Menurut seorang pegawai polis yang berada di lokasi, Oliur Rahman antara enam mayat yang telah ditemui seorang adalah kanak-kanak.