Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi, mengumumkan pada Jumaat beliau akan bertanding bagi penggal kedua dalam pilihan raya presiden akan datang pada Mac.
Pemerintahan Abdel Fattah telah membawa kestabilan kepada negara itu, tetapi pengkritik mengatakan popularitinya telah terhakis akibat pembaharuan ekonomi yang dibawanya, yang menyebabkan kehidupan rakyat terjejas teruk dan tindakan tegas beliau terhadap pembangkang.
Sebaliknya, para penyokongnya mengatakan tindakan tegas diperlukan untuk memastikan negara stabil ketika ia berdepan ancaman keselamatan termasuk serangan militan Negara Islam di rantau itu.
"Hari ini... saya nyatakan dengan berterus terang dan ikhlas, yang saya harap anda akan membenarkan dan menerima pencalonan saya untuk jawatan presiden," kata Abdel Fattah, disambut sorakan orang ramai.
Proses pengundian akan dijalankan daripada 26 hingga 28 Mac. Sekiranya tiada calon berjaya mendapat lebih daripada 50 peratus undi, pengundian pusingan kedua akan diadakan antara 19 dan 26 April.
BACA: Pilihan raya presiden Mesir pada Mac
Calon yang bertanding perlu menghantar borang mulai 20 hingga 29 Januari.
Dalam pengumuman yang dibuatnya menerusi televisyen itu, Abdel Fattah menyenaraikan pencapaian Mesir dalam penggal pertamanya, termasuk kejayaan dalam pemulihan kewangan setelah bertahun-tahun mengalami pergolakan politik dan ketidakstabilan ekonomi.
"Untuk membangunkan negara ini mengambil masa 16 hingga 20 tahun, saya sedang cuba menyelesaikannya dalam tempoh 8 tahun, insya Allah," katanya.
Setakat ini, pencabar paling utama Abdel Fattah ialah bekas ketua staf pasukan tentera, Jeneral Sami Anan, dan peguam hak asasi manusia, Khaled Ali, tetapi mereka tidak dijangka akan beroleh undian yang diperlukan untuk menang.
Astro Awani
Sat Jan 20 2018

Orang awam berjalan berhampiran poster yang memaparkan wajah Abdel Fattah dengan tulisan yang berbunyi 'Kami telah pilih anda untuk penggal kedua' di Kahirah, Mesir, 15 Jan, 2018. REUTERS

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Mesir tidak akan terlibat dalam pemindahan paksa rakyat Palestin
Presiden Mesir menegaskan, negaranya tidak akan terlibat dalam sebarang pemindahan paksa rakyat Palestin.

Al-Sisi tolak penempatan penduduk Palestin di Mesir
Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi pada Sabtu dengan tegas menolak sebarang penempatan warga Palestin ke negara itu, satu pendirian yang disokong oleh masyarakat antarabangsa.

Malaysia-Mesir komited eratkan kerjasama, teroka potensi industri baharu - PM Anwar
Kedua-dua negara komited untuk mengeratkan kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan, perdagangan dan pelancongan.

Morsi terima layanan buruk, kematiannya tragis - HRW
Human Right Watch (HRW) menuduh kerajaan Mesir pimpinan Presiden Abdel Fattah al-Sisi sebagai punca kepada kematian tragis bekas Presiden Mohammed Mursi.

Rakyat Mesir keluar mengundi hari ini
Walaupun berdepan bantahan daripada kumpulan hak asasi manusia, pungutan suara selama tiga hari itu dijangka meluluskan pindaan Perlembagaan yang bakal melanjutkan penggal pemerintahan al-Sisi.

Presiden Mesir angkat sumpah untuk penggal kedua
Abdel Fattah al-Sisi mengangkat sumpah sebagai Presiden Mesir untuk penggal kedua.

Fattah al-Sisi umum bertanding presiden penggal kedua
Pemerintahan Sisi telah membawa kestabilan kepada negara itu, tetapi pengkritik mengatakan popularitinya telah terhakis akibat pembaharuan ekonomi yang dibawanya.

Abdel Fattah el-Sisi jemput Mahmoud Abbas bincang isu Baitulmaqdis di Kaherah
Abdel Fattah mahu membincangkan kaedah berdepan krisis berkenaan tanpa menjejaskan hak rakyat Palestin untuk mewujudkan sebuah negara merdeka dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.

Wartawan Al-Jazeera dapat pengampunan Presiden Mesir dibebaskan
Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi memberi pengampunan kepada Fahmy dan Baher bersama-sama dengan 100 orang banduan pada Rabu

Morsi berdepan hukuman mati
Mohamed Morsi dipilih sebagai presiden dalam pilihanraya Parlimen Mesir yang pertama selepas kejatuhan Hosni Mubarak.