ATHENS: Kesatuan Eropah (EU) sedang berbincang untuk mengenakan sekatan terhadap Israel jika ia enggan mematuhi keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang mengarahkan Israel menghentikan serta-merta kempen ketenteraannya di bandar Rafah, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik media tempatan pada Isnin.
Penyiar awam RTE yang memetik Menteri Luar Ireland Michael Martin sebagai berkata semasa mesyuarat Komuniti Politik Eropah, menteri-menteri luar EU buat pertama kalinya membincangkan prospek sekatan terhadap Israel jika ia terus mengabaikan perintah mahkamah itu.
"Sudah tentu, jika pematuhan tidak berlaku, maka kita perlu mempertimbangkan semua pilihan," katanya, sambil menambah bahawa Ireland akan menyokong pendekatan sedemikian.
Martin berkata beberapa menteri luar juga telah menyuarakan kemungkinan sekatan terhadap pegawai-pegawai Israel yang membantu dan menyokong peneroka haram Israel yang ganas di Tebing Barat.
Beliau bagaimanapun berkata "terdapat perbezaan pendapat antara mereka yang menyuarakan keperluan untuk pendekatan berasaskan sekatan jika Israel tidak mematuhi keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa, (dan) jelas sekali tiada persetujuan di peringkat Majlis EU memandangkan perspektif yang berbeza di sana."
Sekurang-kurangnya 40 orang maut dan hampir 250 yang lain cedera dalam pengeboman tentera rejim ke atas kem perlindungan penduduk yang kehilangan tempat tinggal di bandar Rafah, selatan Semenanjung Gaza.
Serangan itu berlaku berhampiran pangkalan logistik Agensi PBB untuk Pelarian Palestin (UNRWA) di Tal al-Sultan, kata Pejabat Media Gaza.
Pesawat tentera rejim menyasarkan beberapa khemah di kawasan itu dengan menggunakan peluru berpandu dan bom seberat 907.1 kilogram.
ICJ pada Jumaat mengarahkan Israel untuk menghentikan serta-merta serangan tenteranya di Rafah, membuka lintasan Rafah dan membenarkan akses kepada misi pencarian fakta antarabangsa.
Israel telah membunuh lebih 36,000 rakyat Palestin di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt lepas di tengah-tengah kemusnahan infrastruktur dan kekurangan keperluan penting, termasuk makanan, ubat-ubatan dan bekalan bahan api.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 28 2024
EU sedang berbincang mengenakan sekatan terhadap Israel jika ia enggan mematuhi keputusan ICJ.
Temui karakter kandungan Astro di Home of Kids
Orang ramai dijemput hadir ke Home of Kids yang berlangsung selama empat hari bermula 26 hingga 29 Disember dari jam 10.30 pagi hingga 9 malam di IOI Grand Convention Centre, IOI City Mall, Putrajaya.
Tiada rakyat Malaysia terjejas akibat pergolakan di Mozambique
Wisma Putra memaklumkan, tiada rakyat Malaysia di Mozambique terjejas akibat pergolakan yang berterusan yang kebanyakannya memberi kesan di kawasan bandar, termasuk ibu negara Maputo.
Pegawai pengurus gudang didakwa seleweng barang kawalan
Seorang pegawai pengurus gudang borong dan runcit sebuah pasar raya didakwa di Mahkamah Sesyen Pasir Mas atas pertuduhan memindahkan barang kawalan iaitu minyak masak berjumlah 2.41 tan dan gula pasir kasar berjumlah 480 kilogram pada 14 Januari lepas.
AWANI Ringkas: Dua beranak maut, empat cedera kemalangan di WCE
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Banjir di Lipis pulih sepenuhnya
Mangsa yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Lubuk Kulit dan PPS Masjid Kampung Beletik dibenarkan pulang ke rumah masing-masing sekitar 12.20 tengah hari tadi.
Dua Dekad Tsunami: Aceh bertafakur tiga minit
Majlis khas sempena memperingati 20 tahun tsunami Aceh dengan tema Aceh Thanks The World sekali gus mengangkat iltizam rakyat Aceh Beranjak dari Masa Lalu, Menuju Masa Depan Bersyariat.
Tragedi tukar pemandu, dua penuntut UTeM maut
Dalam kejadian kira-kira jam 6.20 pagi itu, mangsa Nurul Syafiqah Nasruddin dan Nurhanis Afryna Azizan, masing-masing berusia 19 tahun maut akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
Dua Dekad Tsunami: Penduduk Kota Kuala Muda imbau tragedi, masih trauma
Biarpun sudah dua dekad berlalu, dia tidak pernah melupakan tragedi itu kerana kakak sulungnya menjadi antara 12 mangsa yang terkorban di Kota Kuala Muda.
OpenAI pertimbang bangunkan robot berbentuk manusia
OpenAI juga telah melabur dalam beberapa syarikat robotik seperti Physical Intelligence dan Figure.
Mayat ditemukan di ruang roda pesawat United Airlines di lapangan terbang Hawaii
Mayat itu dilaporkan ditemukan pada sebuah pesawat Boeing 787-10 yang berlepas dari Lapangan Terbang O'Hare di Chicago.
EU bincang kenakan sekatan terhadap Israel jika enggan patuh keputusan ICJ
Beberapa menteri luar juga telah menyuarakan kemungkinan sekatan terhadap pegawai-pegawai Israel yang membantu dan menyokong peneroka haram Israel yang ganas di Tebing Barat.