LIMA wanita Jepun kemukakan saman terhadap kerajaan mereka kerana isu nama keluarga.

Lapor portal berita The Guardian, satu undang-undang pada tahun 1896 di Jepun menetapkan bahawa suami isteri harus menggunakan nama keluarga yang sama untuk mendaftar perkahwinan mereka.

Kebiasaannya, isteri akan memilih untuk menggunakan nama keluarga suami.

Namun kini, lima wanita mendakwa undang-undang itu tidak berperlembagaan dan kini meminta pampasan.

“Dengan kehilangan nama keluarga anda, anda tidak dihormati. Ia seperti kehilangan sebahagian daripada diri anda,” kata Kaori Oguni kepada The Guardian.

Namun pihak konservatif berpendapat jika isteri mempunyai pilihan, ia akan menjejaskan hubungan kekeluargaan.

“Nama adalah cara terbaik untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan,” kata pakar perlembagaan Masaomi Takanori.

Sebuah undian yang dilakukan oleh sebuah akhbar tempatan mendapati warga Jepun masih berbelah bagi.

Hanya 52 peratus bersetuju bahawa isteri boleh memiliki pilihan sama ada mahu menggunakan nama keluarga asal atua nama keluarga suami.

Laporan itu turut menjelaskan bahawa kaum wanita harus menggunakan nama keluarga asal dalam kegunaan profesional dan nama keluarga suami untuk dokumen rasmi.

Mahkamah Tertinggi Jepun akan membuat keputusan pada 16 Disember.