JAKARTA: Empat sekeluarga maut dalam kejadian tanah runtuh di Daerah Ende, Nusa Tenggara Timur, Indonesia berikutan hujan lebat yang berterusan pada pagi Jumaat.


Ringkasan AI
  • Empat sekeluarga maut dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Rewarangga, Daerah Ende, Nusa Tenggara Timur, Indonesia berikutan hujan lebat berterusan pada pagi Jumaat.
  • Kejadian jam 6 pagi waktu tempatan itu hampir merobohkan sebuah rumah dan menyebabkan kerosakan kecil pada dua rumah lain.
  • Agensi Pengurusan Bencana Daerah masih memantau kawasan yang terjejas.


Tanah runtuh itu melanda Kampung Rewarangga di daerah itu pada pukul 6 pagi waktu tempatan, hampir merobohkan sebuah rumah dan menyebabkan kerosakan kecil pada dua rumah lain.

"Agensi Pengurusan Bencana Daerah masih memantau kawasan yang terjejas oleh tanah runtuh," kata Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Nasional (BNPB), Abdul Muhari, dalam satu kenyataan.

Agensi Meteorologi, Klimatologi, dan Geofizik telah mengeluarkan amaran, menunjukkan bahawa hujan lebat dijangka berterusan sepanjang hari di Ende.

-- BERNAMA