Empat maut dan empat cedera dalam kejadian keganasan di beberapa daerah di sini sejak malam Sabtu hingga had.
Dalam kejadian jam 2 pagi semalam, Matsakri Deraning, 45, Ketua Kampong Rawo, daerah Mayo, terbunuh setelah diserang hendap dalam perjalanan pulang ke rumah selepas bertugas mengawal keselamatan sekolah.
Kapten Polis Jirasit Lomae, Pegawai Polis Siasatan Daerah Mayo berkata mangsa ditembak oleh dua lelaki yang bersembunyi di tepi jalan 50 meter dari rumah mangsa.
Walaupun Matsakri terkena tembakan beliau sempat membalas dan berjaya membunuh kedua-dua penyerangnya yang mati di tempat kejadian.
Matsakri meninggal dunia di hospital Mayo.
Menurut Jirasit motif kejadian masih disiasat - sama ada pertikaian peribadi dalam merebut kuasa politik tempatan atau kes keselamatan.
Sementara itu, malam Sabtu lalu seorang anggota polis dan isterinya tercedera selepas terkena serpihan bom semasa menaiki motosikal pada jam 9.20 malam waktu tempatan di daerah Panarik.
Pihak polis berkata bom seberat satu kilogram diletak dalam tong sampah.
Dalam satu lagi kejadian pada 7 malam Sabtu, seorang wanita berusia 55 tahun terbunuh setelah empat lelaki bermotosikal melepaskan tembakan ke arah rumahnya di Kampong Takeh, daerah Yaring.
Ketua Polis Yaring Monteri Konwadmai berkata adiknya berusia 44 tahun dan adik iparnya 48 tahun yang turut berada dalam rumah cedera.
Bernama
Sun Apr 12 2015

Semua mangsa yang terkorban dalam kejadian berasingan itu melibatkan serangan bersenjatakan pistol dan ledakan bom. - Gambar hiasan
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

"Jika saya mati, ampunkan saya, ibu, ayah," tulis kanak-kanak Gaza sebelum maut
BANDARAYA GAZA, 25 Jan (Bernama-AA) - "Jika saya mati, ampunkan saya, Ibu, Ayah," tulis Azmi Abu Al-Shaar, seorang kanak-kanak Palestin berusia 10 tahun dalam telefon bimbitnya sebelum terkorban dalam

Kereta terbakar dalam kemalangan di Gua Musang, lelaki maut
Seorang lelaki maut apabila kenderaan yang dipandu terbakar selepas terbabit dalam satu kemalangan di jalan Bandar Utama Gua Musang petang tadi.

Remaja lelaki terjatuh ketika memancing di rumah rakit ditemukan lemas
Mayat Azri Fahmi dijumpai terapung oleh pasukan operasi mencari dan menyelamat pada pukul 7.45 pagi tadi.

Sekurang-kurangnya 2 maut, 20 cedera dalam insiden bunga api di Hawaii, AS
Polis Honolulu menggesa orang ramai "mengelakkan kawasan itu kerana pasukan pertolongan cemas memberikan bantuan perubatan dan lain-lain."

Penyelidikan Australia kaitkan diet tidak sihat dengan kanser membawa maut
Penyelidikan terkini di Australia mendapati terdapat kaitan antara pemilihan diet yang tidak sihat dengan risiko kanser yang boleh membawa maut.

Remaja lelaki maut ketika melintas jalan
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas parah di kepala.

Cuba lolos pemeriksaan Imigresen, warga asing maut jatuh jejantas
Seorang lelaki warga Sri Lanka maut ketika cuba meloloskan diri daripada pemeriksaan pegawai Jabatan Imigresen (JIM) selepas terjatuh dari jejantas pada Khamis.

Dua terbunuh selepas jet latihan tentera terhempas - PM Bulgaria
Dua individu disahkan maut selepas jet latihan tentera Bulgaria terhempas pada Jumaat.

Lelaki maut, kemalangan kereta dan bas ekspres
Seorang lelaki maut apabila kereta dinaiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah bas ekspres di kilometer 24 Jalan Bahau.

Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok
Enam orang ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok, Thailand pada Selasa laporan media tempatan yang memetik polis Bangkok.