BILIONAIR terkenal dunia, Elon Musk kini sedang disiasat oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat (SEC) berikutan pengambilalihan Twitter bernilai AS$44 bilion, menurut satu fail mahkamah pada Khamis.
Menurut laporan media antarabangsa, SEC dikatakan akan berusaha memastikan Musk memberikan keterangan.
Siasatan ini berkaitan dengan sama ada Musk telah melanggar Undang-undang Sekuriti Persekutuan pada tahun 2022 ketika beliau membeli saham dalam Twitter, yang kemudiannya dijenamakan semula sebagai "X", serta kenyataan dan penghantaran SEC yang dibuat olehnya berhubung perjanjian tersebut.
SEC mengatakan ia telah mengeluarkan sapina kepada Musk pada Mei 2023 yang memerlukannya memberi keterangan di pejabat SEC di San Francisco dan Musk juga telah bersetuju untuk muncul bulan lalu.
Bagaimanapun, dua hari sebelum itu, Musk mengemukakan "beberapa bantahan yang tidak berasas" dan memberitahu SEC bahawa beliau tidak akan muncul, kata SEC.
Musk juga menolak cadangan SEC untuk melakukan pernyataan bersumpah di Texas pada bulan Oktober atau November.
Antara bantahan yang dikemukakan beliau ialah SEC cuba "mengganggunya" dan barisan peguamnya memerlukan masa untuk menyemak bahan yang berkaitan yang terkandung dalam sebuah biografi Musk yang diterbitkan bulan lalu, kata SEC.
"SEC telah mengambil keterangan Musk beberapa kali dalam penyiasatan yang tersasar ini – ia sudah memadai," kata peguam Musk, Alex Spiro.
Musk menjadi pemilik Twitter selepas pada awalnya hanya sebagai pegangan minoriti besar dalam platform media sosial tersebut, yang pertama kali diumumkan olehnya pada April 2022.
Pada awalnya, Musk hanya merancang untuk menjadi pemegang saham yang pasif.
Beberapa hari kemudian, Musk menerima dan kemudian menolak tawaran sebagai Ahli Lembaga Pengarah Twitter.
Namun begitu, pada akhir April, dia mengumumkan rancangan untuk membeli syarikat tersebut sebanyak AS$44 bilion, tetapi kemudian cuba untuk menghentikan perjanjian itu.
Menghadapi persidangan yang cuba memaksa dia untuk menyelesaikan perjanjian itu, Musk menutup pembelian Twitter pada akhir Oktober 2022.
Dalam satu kenyataan, SEC memaklumkan ia sedang berusaha mencari "keterangan Musk untuk mendapatkan maklumat yang belum ada dalam pemilikan SEC yang berkaitan dengan penyiasatan yang sah."
Senario terbaharu ini menambah ketegangan dalam pergolakan yang berlarutan antara Musk dan SEC yang bermula dengan ciapan Musk pada tahun 2018 yang merancang untuk menjadikan syarikat kereta elektriknya, Tesla sebagai pemilikan swasta serta mempunyai dana yang dijamin.
Sejak itu, Musk telah berulang kali memburukkan SEC, yang telah membuka beberapa siasatan terhadap beliau selama bertahun.
"Satu reformasi menyeluruh ke atas agensi-agensi ini sangat diperlukan, seiring dengan suruhanjaya untuk mengambil tindakan tegas terhadap individu-individu yang telah menyalahgunakan kuasa pengawalseliaan mereka untuk kepentingan peribadi dan politik," kata Musk dalam satu hantaran di X. - Agensi
Agensi
Thu Oct 05 2023
Elon Musk kini sedang disiasat oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat (SEC) berikutan pengambilalihan Twitter bernilai AS$44 bilion, menurut satu fail mahkamah pada Khamis. - Gambar fail REUTERS
Tumpuan Ahad – 24 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Air pancut purba Kestros di Turkiye berfungsi kembali selepas 1,800 tahun
Pemulihan air pancut Kestros bermula dua tahun lepas sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghidupkan kembali keindahannya.
Trump pilih Scott Bessent sebagai setiausaha perbendaharaan
Trump menyifatkan Bessent sebagai seorang individu yang telah lama menjadi penyokong kuat America First Agenda
Indonesia tegaskan sokongan berikutan waran tangkap ICC
Kementerian Luar Indonesia menyatakan pengeluaran waran tangkap ICC terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant merupakan langkah penting menuju keadilan.
BJP menang negeri terkaya, pembangkang kekal di kawasan kaya mineral
Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri India Narendra Modi dan sekutunya mencatat kemenangan besar di Maharashtra, negeri terkaya di negara ini, manakala blok pembangkang menunjukkan prestasi cemerlang di Jharkhand, wilayah yang kaya mineral.
11 terbunuh, puluhan cedera di Beirut akibat serangan udara Israel
Sekurang-kurangnya 11 individu terbunuh manakalan puluhan lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kawasan kejiran Basta di tengah Beirur, pada awal Sabtu.
Serangan ke atas hospital di utara Gaza tunjukkan sikap tidak berperikemanusiaan Israel - Hamas
Kumpulan pejuang Palestin itu menyeru masyarakat antarabangsa mengenakan "sekatan tegas" ke atas Israel.
Masih ramai belum tebus baucar buku, tarikh akhir 31 Dis - Zambry
Hanya kira-kira 235,000 daripada lebih 1 juta pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh negara telah menebus inisiatif baucar buku bernilai RM100 bagi fasa kedua.
Bersih sedia jadi perantara antara kerajaan, pembangkang
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) sekali lagi menyataan kesediaan untuk menjadi perantara antara kerajaan dengan pembangkang bagi memastikan CSA atau MoU dijayakan dengan sebaik mungkin.
Polis terima laporan kes kucing diseret
Polis mengesahkan menerima laporan ke atas seorang lelaki yang bertindak menganiayai seekor kucing dengan mengikat tali di leher haiwan itu sebelum diseret dalam kejadian di Scott Garden Soho, Kuala Lumpur pada Sabtu.
SpaceX lancar ujian penerbangan keenam roket Starship
SpaceX melancarkan ujian penerbangan keenam roket tanpa pemandu Starship pada Selasa.
Tesla jual figura mini robot Optimus
Dari segi saiz, ia adalah pada skala 1:10 saiz Optimus sebenar. Ia hadir dengan aksesori dermaga pengecas dan juga sebatang tukul Cyberhammer.
Elon Musk ‘dicarut' isteri Presiden Brazil
Janja Lula da Silva cetus kontroversi apabila melemparkan kata-kata kesat terhadap bilionair Elon Musk.
Trump mungkin rancang hadiri pelancaran SpaceX di Texas
Rancangan Trump itu memberi bayangan hubungan rapatnya dengan pengasas bilionair syarikat itu dan Ketua Pegawai Eksekutif Elon Musk.
Tokoh terkemuka, media tinggalkan platform X susulan kemenangan Trump
Keputusan itu sebahagian besarnya didorong oleh kebimbangan terhadap hubungan rapat Elon Musk dengan Trump.
Presiden terpilih Trump bertemu pemimpin luar negara pertama, Presiden Argentina Milei
Presiden terpilih AS Donald Trump bertemu dengan Presiden Argentina Javier Milei pada Khamis.
Elon Musk akan ketuai Jabatan Kecekapan Kerajaan Amerika Syarikat
Pengumuman dilakukan oleh Trump dengan DOGE akan menjadi lembaga penasihat luaran bagi meningkatkan produktiviti penjawat awam.
Musk sertai perbualan telefon Trump dengan Zelenskyy - Laporan
Trump dan Musk berada di Mar-a-Lago, kediaman dan kelab Trump di Palm Beach, ketika panggilan itu dibuat.
Saham Tesla melonjak selepas kemenangan Trump dalam pilihan raya
Saham syarikat kenderaan elektrik gergasi, Tesla, mencatatkan peningkatan ketara susulan kemenangan Donald Trump dalam Pilihan Raya Presiden pada Rabu.
xAI dilapor sedang raih dana mencapai AS$40 bilion
xAI Dilaporkan Sedang Meraih Dana Pada Nilai Mencapai $40 Bilion Firma Kecerdasan Buatan Milik Elon Musk