WASHINGTON: Pihak berkuasa Mexico menahan seorang remaja lelaki berusia 14 tahun yang digelar El Chapito sempena nama raja dadah Mexico yang terkenal, atas pertuduhan terlibat dalam menembak mati lapan orang.
Jabatan Keselamatan Awam Amerika Utara mengumumkan penahanan itu menerusi satu kenyataan pada Khamis, menurut United Press International (UPI).
Pihak berkuasa berkata remaja lelaki yang tidak dikenali itu adalah seorang daripada dua orang yang melepaskan tembakan ke atas sebuah keluarga yang meraikan hari lahir di kejiranan Fundidores di Chimalhuacan, sebuah bandar di timur laut Mexico City, yang membunuh lapan orang dan mencederakan tujuh yang lain, termasuk seorang kanak-kanak berusia tiga tahun.
Polis berkata remaja itu adalah antara sembilan orang yang ditahan semasa operasi 12 jam antara lewat 10 Mac dan awal Sabtu di Chimalhuacan dan bandar Nezahualcoyotl berdekatan.
Seorang lagi didakwa berhubung kes tembakan itu manakala selebihnya didakwa dengan pertuduhan jenayah berkaitan dadah, kata jabatan itu.
Tertuduh dewasa dibawa ke Pusat Reintegrasi Sosial dan Penjara Neza-Bordo manakala remaja itu diserahkan kepada hakim kawalan khusus dalam Sistem Keadilan Jenayah Komprehensif untuk Remaja, katanya.
"El Chapo", yang nama sebenarnya Joaquin Guzman, menjalani hukuman penjara seumur hidup di penjara Colorado setelah didapati bersalah atas pelbagai pertuduhan berkaitan kedudukannya sebagai ketua kartel Sinaloa yang terkenal.
Jenayah kekerasan dalam kalangan remaja merupakan perkara biasa di negara ini. Pada awal 2010-an, seorang remaja lelaki berusia 14 tahun yang digelar El Ponchis ditangkap dan didakwa sebagai pembunuh upahan untuk kartel dadah Mexico, menurut laporan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 17 2023

Remaja lelaki yang tidak dikenali itu adalah seorang daripada dua orang yang melepaskan tembakan ke atas sebuah keluarga yang meraikan hari lahir di kejiranan Fundidores di Chimalhuacan, Mexico. -Gambar hiasan

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

'El Chapito' remaja 14 tahun bunuh lapan orang ditahan polis
Jabatan Keselamatan Awam Amerika Utara mengumumkan penahanan itu menerusi satu kenyataan pada Khamis.