Dipacu oleh pandemik COVID-19, ekonomi global mungkin akan mengalami kemelesetan paling teruk sejak Zaman Kemelesetan pada tahun 1930-an, dan jauh lebih buruk daripada krisis kewangan global 2009, kata Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) hari ini.
"Ini adalah krisis yang tidak pernah berlaku dan wujud ketidaktentuan mengenai kesannya terhadap kehidupan kehidupan rakyat," kata ketua ekonominya, Gita Gopinath dalam Prospek Ekonomi Dunia terkini.
Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kini diunjurkan pada -3.0 peratus pada tahun 2020, kemelesetan jauh lebih buruk daripada pengurangan 0.1 peratus semasa krisis kewangan global 2009.
Unjuran pertumbuhan diturunkan lebih daripada enam mata peratusan berbanding pertumbuhan 3.3 peratus yang dikemas kini oleh IMF pada Januari - semakan yang luar biasa dalam tempoh yang singk
"Keadaan yang digelar 'The Great Lockdown' ini dijangka menyebabkan kemerosotan pertumbuhan global secara mendadak.
Pemulihan separa diunjurkan untuk 2021, dengan tahap KDNK akan kekal di bawah trend pra-virus, dengan ketidaktentuan terhadap tahap pemulihan kelak," katanya.
Hasil pertumbuhan buruk mungkin akan berlaku.
Ini akan terjadi jika langkah pencegahan pandemik itu berlaku lebih lama, negara sedang berkembang dan membangun akan terjejas teruk, keadaan kewangan yang sukar akan berlanjutan, atau ia mungkin menyebabkan penutupan penutupan perniagaan dan kadar pengangguran, katanya.
Gita berkata krisis ini perlu ditangani dalam dua fasa: fasa pencegahan dan penstabilan diikuti oleh fasa pemulihan. Dalam kedua-dua fasa, kesihatan awam dan dasar ekonomi mempunyai peranan yang penting.
"Kuarantin, perintah berkurung, dan penjarakan sosial adalah kritikal untuk memperlahankan penyebaran COVID-19, memberi masa kepada sistem penjagaan kesihatan untuk mengatasi permintaan yang meningkat bagi perkhidmatan mereka dan masa untuk penyelidik membangunkan vaksin.
Langkah-langkah ini dapat membantu menghindari kejatuhan aktiviti yang lebih teruk dan berlarutan dan menetapkan tahap pemulihan ekonomi," katanya.
Ketua ekonomi itu berkata meningkatkan perbelanjaan dalam penjagaan kesihatan adalah penting untuk memastikan sistem penjagaan kesihatan mempunyai kapasiti dan sumber yang mencukupi.
Pemberian khas untuk profesional perubatan - yang berada di barisan hadapan memerangi pandemik - harus dipertimbangkan, termasuk, sebagai contoh, elaun pendidikan bagi keluarga mereka.
Walaupun ekonomi menutup operasinya, para penggubal dasar perlu memastikan bahawa rakyat dapat memenuhi keperluan mereka dan perniagaan dapat dipulihkan selepas wabak pandemik itu berakhir, kata Gita.
"Ini memerlukan langkah-langkah fiskal, monetari, dan kewangan yang bersasar untuk mengekalkan hubungan ekonomi antara pekerja dan firma serta peminjam dan pemberi pinjaman, menjaga infrastruktur ekonomi dan kewangan masyarakat secara utuh."
Sebagai contoh, di pasaran negara yang berkembang dan negara membangun dengan sektor informal yang besar, teknologi digital baharu dapat digunakan untuk memberikan sokongan yang disasarkan, tambahnya.
Mengulas unjuran pertumbuhan, laporan yang dikeluarkan oleh organisasi yang berpusat di Washington itu berkata pertumbuhan dalam kumpulan ekonomi maju - di mana beberapa negara dilanda wabak itu secara meluas dan menerapkan langkah-langkah pengekangan - diunjurkan pada -6,1 peratus pada tahun 2020.
Kebanyakan negara di dalam kumpulan dijangka mengalami kemerosotan tahun ini, termasuk Amerika Syarikat (-5.9 peratus), Jepun (-5.2 peratus), United Kingdom (-6.5 peratus), Jerman (-7.0 peratus), Perancis (-7,2 peratus), Itali (-9,1 peratus), dan Sepanyol (-8,0 peratus).
Di bahagian Eropah, wabak itu teruk seperti di wilayah Hubei, China. Walaupun penting untuk mencegah virus itu, perintah berkurung dan kawalan pergerakan memberi kesan kepada aktiviti ekonomi.
Antara pasaran baharu dan negara membangun, semua negara menghadapi krisis kesihatan, kejutan permintaan luaran yang teruk, kesukaran dramatik dalam keadaan kewangan global, dan kejatuhan harga komoditi, yang akan memberi kesan teruk terhadap aktiviti ekonomi dalam pengeksport komoditi, kata laporan itu.
Secara keseluruhannya, kumpulan pasaran sedang berkembang dan negara membangun dijangka jatuh sebanyak 1.0 peratus pada tahun 2020; tidak termasuk China, kadar pertumbuhan untuk kumpulan itu dijangka berada pada - 2.2 peratus.
ASEAN-5 - ekonomi terbesar di ASEAN - dijangka menyaksikan kejatuhan KDNK sebanyak 0.6 peratus.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 14 2020
Ekonomi global mungkin akan mengalami kemelesetan paling teruk sejak Zaman Kemelesetan pada tahun 1930-an, dan jauh lebih buruk daripada krisis kewangan global 2009, kata IMF.
Hamas nyatakan sokongan kepada usaha tamatkan konflik
Hamas menyatakan bahawa pihaknya menyokong usaha merealisasikan perjanjian gencatan senjata di antara Israel dan Hezbollah bagi menamatkan konflik yang berlarutan di Lubnan ketika ini.
Pihak berkuasa Indonesia perhebat operasi SAR di Sumatera Utara
Pihak berkuasa Indonesia terus memperhebat operasi mencari dan menyelamat (SAR) dalam usaha mencari 15 mangsa yang dilaporkan maut dalam tragedi tanah runtuh dan banjir kilat yang melanda Sumatera Utara pada Sabtu.
AWANI Ringkas: MetMalaysia keluar amaran hujan sangat lebat berterusan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Malaysia kutuk ujian peluru berpandu Korea Utara – PM Anwar
Malaysia mengutuk ujian peluru berpandu balistik yang dijalankan oleh Korea Utara pada 31 Oktober lalu.
[TERKINI] Luruan monsun kuat hingga hujung bulan, amaran hujan berterusan
MetMalaysia jangkakan luruan monsun kuat berlanjutan hingga hujung bulan ini, berpotensi sebabkan hujan sangat lebat dan berterusan
Enam lelaki bertopeng samun tiga klogram emas
Enam lelaki bertopeng melarikan kira-kira tiga kilogram emas dalam kejadian samun di hadapan sebuah premis pemprosesan emas di Jalan Bendahara, Ipoh.
Gunung Dukono di Indonesia meletus, amaran penerbangan dikeluarkan
Letusan berlaku pada 9.43 pagi waktu tempatan, memuntahkan awan mengandungi abu tebal berwarna putih hingga kelabu setinggi 4,600 meter ke udara.
Lawatan kerja ke Korea Selatan berjaya raih potensi pelaburan RM32.8 bilion - PM Anwar
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Isu pemindahan nama rumah kos rendah masih lagi membelenggu rakyat
Ahli Parlimen Ampang Rodziah Ismail berkata isu pemindahan nama rumah kos rendah dan kos sederhana rendah masih lagi membelenggu rakyat.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Perdana Menteri sampai sumbangan khas kepada mangsa banjir di Melaka
Sumbangan disampaikan oleh Setiausaha Politik Kanan beliau, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin pada satu majlis di Tanjung Minyak.
Lawatan PM Anwar kukuh perkongsian global Malaysia di sebalik ketidaktentuan geopolitik
Chong berkata usaha Anwar untuk mengukuhkan kedudukan Malaysia wajar dihargai.
Kepengerusian ASEAN 2025: Perkukuh komuniti dan tangani cabaran serantau - Mohamad
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia berperanan penting dalam memperkukuhkan komuniti ASEAN dan menangani cabaran serantau yang semakin kompleks, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ringgit ditutup rendah selepas kenaikan selama tiga hari
Ringgit mengakhiri urus niaga Jumaat dengan lebih rendah susulan aktiviti pengambilan untung selepas mencatat kenaikan selama tiga hari berturut-turut, sebelum ini.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS pada hari ketiga berturut-turut
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada hari ketiga berturut-turut walaupun kebimbangan meningkat terhadap perkembangan geopolitik di Ukraine, kata penganalisis.
Sektor pengangkutan pemacu utama peluang kerja, pertumbuhan ASEAN - TPM Fadillah
Sektor pengangkutan muncul sebagai pemacu utama penciptaan peluang pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi di rantau ASEAN, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
PM Anwar selamat tiba di tanah air selepas lawatan ke empat negara
Dalam lawatan empat negara tersebut, Anwar turut bertemu pemimpin dunia serta menyatakan komitmen Malaysia dalam memacu pertumbuhan mampan termasuk semasa menjadi Pengerusi ASEAN 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia bersedia pimpin suara ASEAN dalam tindakan iklim di COP30
Malaysia bersedia untuk memainkan peranan penting dalam usaha ASEAN menyatakan pandangan yang lebih menyeluruh bagi tindakan iklim di COP30 di Brazil tahun hadapan.
Kerjasama ASEAN, APEC kekal agenda utama pastikan pembangunan mampan, integrasi ekonomi
Komitmen tersebut akan terus memperkukuh kedudukan negara dalam membentuk masa depan ekonomi Asia-Pasifik yang lebih inklusif, mampan dan berdaya saing.