MOSCOW: Duta Khas Presiden AS untuk Iklim, John Kerry, akan mengadakan lawatan rasmi ke China dari 16 hingga 19 Julai bagi menangani isu iklim dan mempromosikan Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2023 (COP28)," menurut Jabatan Negara AS pada Selasa, lapor Sputnik.
" Semasa pertemuan dengan pegawai China, Setiausaha Kerry berhasrat untuk melibatkan diri dengan negara itu dalam menangani krisis iklim, termasuk berkenaan peningkatan pelaksanaan dan cita-cita serta mempromosikan COP28," kata Jabatan Negara dalam satu kenyataan di laman sesawangnya.
Kerry berkata pada pertengahan April bahawa beliau telah dijemput untuk melawat China bagi rundingan dua hala mengenai perubahan iklim dan menyatakan harapan bahawa rundingan itu akan membantu membaiki hubungan dan membolehkan kerjasama antara kedua-dua negara dalam isu global.
Ketegangan antara AS dan China meruncing Ogos lalu selepas Speaker Dewan Perwakilan AS ketika itu Nancy Pelosi melawat Taiwan. Beijing mengecam perjalanan Pelosi, yang dianggap sebagai tanda sokongan terhadap pemisahan, dan melancarkan latihan ketenteraan berskala besar di sekitar pulau itu.
Ketegangan antara Washington dan Beijing semakin memuncak pada Februari 2023, apabila Setiausaha Negara AS Blinken membatalkan lawatannya ke Beijing selepas Pentagon mengesan belon China di atas ruang udara AS.
Washington menegaskan bahawa belon itu telah dihantar untuk mengintip tapak tentera manakala Beijing berhujah ia adalah kapal udara meteorologi yang tersasar dari laluan.
Persidangan iklim PBB akan berlangsung dari 30 November hingga 12 Disember di Dubai, Emiriah Arab Bersatu.-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 12 2023
Kerry berkata pada pertengahan April bahawa beliau telah dijemput untuk melawat China bagi rundingan dua hala mengenai perubahan iklim. - Gambar fail/ EPA
AWANI Pagi: Penyelidikan bencana berasaskan komuniti
Diskusi 8.30 pagi Rabu bersama Editor Kanan Nazri Kahar menemubual Prof Dr Syamsidik, Profesor Kejuruteraan Hidraulik, Pusat Studi Tsunami Dan Mitigasi Bencana (TDMRC), Universitas Syiah Kuala mengenai proses pemulihan pasca tsunami 2004 menggunakan pendekatan pengurusan bencana berasaskan komuniti sehingga menjadikan Aceh sebuah makmal hidup (living lab) terbaik pernah disaksikan selepas berlakunya tsunami dua dekad lalu.
Van Nistelrooy anggap sokongan peminat Manchester United di Malaysia seperti di Old Trafford
Pengendali Leicester City itu berasa kagum melihat peminat The Red Devils di Kuala Lumpur.
Kerajaan mulakan kajian semula antilambakan ke atas import besi
Pemulaan kajian semula pentadbiran ini adalah berdasarkan permohonan daripada Mycron Steel CRC Sdn. Bhd.
Halal Business: Scaling success without sacrificing ethics
Southeast Asia's startup ecosystem is booming, but a shift is underway. While traditional models priorities rapid scaling and revenue growth, a new wave of entrepreneurs is focused on building ethical, sustainable business that align with community values, especially halal principles. Discover how startups can balance revenue pressures with ethical integrity and understanding the role of accelerator program in guiding these ventures and local dynamics that can support businesses grow sustainably with Managing Partner, HASAN.VC, Umar Munshi.
Lelaki maut kereta terbabas langgar tiang lampu
Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam nahas melibatkan empat kenderaan di Kilometer 12.1 Jalan Permas.
Agong, Permaisuri ucap Selamat Hari Krismas
Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Krismas.
Lebih 5,000 pekerja Starbucks di AS mogok, libat 300 kedai
Kesatuan pekerja mendakwa lebih 290 kedai "ditutup sepenuhnya" dan lebih 300 kedai melancarkan mogok di 45 negeri.
Tinjauan 2025: Peranan aktif belia mencorak dasar ekonomi, sosial
Menurut United Nations Youth Office, 1.9 bilion belia berusia 10 hingga 24 tahun, ini merupakan generasi belia terbesar dalam sejarah, memberi peluang besar untuk mereka memimpin perubahan. Namun, suara mereka sering terpinggir, dengan kurang dari 3 peratus penggubal dasar berusia bawah 30 tahun dan kurang dari 1 peratus wanita muda dalam politik. Dalam konteks ini, bagaimana Malaysia boleh mengambil pendekatan proaktif bagi memperkasa belia untuk memainkan peranan penting dalam membentuk dasar ekonomi dan sosial negara?
AWANI Ringkas: TPM: Fahami kepentingan perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Iran angkat sekatan ke atas WhatsApp, Google Play
Langkah ini merupakan antara usaha pertama untuk mengurangkan sekatan internet di negara tersebut.
Anwar bertemu John Kerry, bincang isu alam sekitar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkesempatan bertemu dengan Duta Khas Presiden Amerika Syarikat (AS) Untuk Iklim, John Kerry pada Jumaat.
Duta Khas Presiden AS John Kerry lawat China 16 Julai
Duta Khas Presiden AS untuk Iklim, John Kerry, akan mengadakan lawatan rasmi ke China dari 16 hingga 19 Julai.
Malaysia dan Amerika Syarikat tandatangani dokumen pengecualian visa
Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) hari ini menandatangani dokumen Keselamatan Tanah Air Arahan Presiden No 6 (HSPD 6).
White House pertahan perjanjian nuklear Iran
Kritikan terhadap perjanjian nuklear Iran hanya akan memusnahkan reputasi Amerika Syarikat di mata dunia.
Kerry terus gesa China henti aktiviti di Laut China Selatan
Ketegangan pertikaian Laut China Selatan menjadi tumpuan utama perbincangan China dan Amerika Syarikat di Mesyuarat Menteri-menteri ASEAN.
John Kerry patah kaki kemalangan basikal di Perancis
Setiausaha Amerika Syarikat, John Kerry dimasukkan ke hospital selepas kemalangan semasa berbasikal merentasi sempadan di Perancis.
Jamaluddin Jarjis tingkatkan hubungan AS-Malaysia - John Kerry
Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) John Kerry berkata dedikasi Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dalam mempromosi perkongsian antara AS-Malaysia akan membuahkan hasil.
Amerika simpati, tawar bantuan kepada mangsa banjir
John Kerry menyampaikan ucapan simpati kepada rakyat Malaysia yang dilanda banjir dan menawarkan bantuan negara itu kepada mereka.
Amerika Syarikat suarakan hasrat bekerjasama dengan Malaysia di PBB
Ucapan tahniah berkenaan disampaikan Setiausaha Negara Amerika Syarikat John Kerry semasa membuat kunjungan hormat ke atas Najib di Indonesia.
Najib bincang isu ancaman IS, Ebola dengan AS dan Australia
Najib Razak akan membincangkan isu ancaman IS, Ebola dengan Setiausaha Negara AS dan Perdana Menteri Australia esok.