Pelbagai isu semasa yang dihadapi dunia kini termasuk wabak Virus Ebola (EVD) dan ancaman Kumpulan Militan Negara Islam (IS) dijangka mendapat perhatian dan menjadi topik perbincangan utama pada perjumpaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat John Kerry dan Perdana Menteri Australia Tony Abbott esok.
Mereka berada di sini sempena upacara pelantikan Joko Widodo sebagai Presiden ketujuh Indonesia.
Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata pertemuan Najib dengan kedua-dua pemimpin itu dijangka berlangsung selepas upacara pelantikan Joko.
Malaysia serius menangani isu militan berikutan pendedahan Polis DiRaja Malaysia baru-baru ini berhubung penglibatan pelajar tempatan yang dipercayai direkrut menjadi penggerak utama gerakan IS di Malaysia untuk berjihad di Syria menerusi kumpulan militan IS, Jabhat Al Nusra dan Ajnad Al Sham.
Malaysia juga serius mengawasi EVD, sejenis penyakit demam berdarah yang membunuh ribuan nyawa di beberapa negara dan kian menular ke negara lain.
"Selain itu, turut dijangka dibincangkan mereka adalah isu konflik di Syria dan Iraq manakala topik lain seperti perdagangan dan penyeludupan manusia juga terkandung dalam agenda," kata Zaharin kepada media Malaysia di sini, hari ini.
Najib adalah antara 18 kenamaan asing dan sembilan ketua kerajaan yang dijadual menghadiri upacara pelantikan Joko atau lebih dikenali sebagai Jokowi pada 10 pagi esok di hadapan Majlis Permusyawaratan Rakyat (MPR), badan perundangan tertinggi republik ini.
Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor tiba di sini petang tadi bersama-sama pegawai Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Luar Negeri.
Zahrain berkata pada pertemuan bersama Abbot, Najib juga dijangka menyentuh kerjasama dua hala yang bakal dibincangkan semasa persidangan APEC di Beijing, China bulan depan serta Sidang Kemuncak Asean di Brisbane.
Bernama
Sun Oct 19 2014
Najib bincang isu ancaman IS, Ebola dengan AS dan Australia
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Krisis kemanusiaan semakin meruncing, ribut musim sejuk landa Gaza - UNRWA
Penduduk yang kehilangan tempat tinggal kini berdepan keadaan yang teruk ketika hujan lebat, angin kencang dan ombak besar.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Rasuah: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 30 bulan bekas polis
Bekas inspektor polis berusia 42 tahun itu akan memulakan hukuman penjara hari ini.
IPTA, IPTS diminta pastikan pelajar tidak laksana aktiviti luar ketika MTL
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku membabitkan pelajar.
Festival Idea Putrajaya sasar 25,000 pengunjung, tawar peluang pekerjaan
Karnival Kerjaya MADANI yang diadakan sempena festival itu turut tawarkan 10,000 peluang pekerjaan kepada pencari kerja daripada pelbagai peringkat.
Uganda laksana sekatan perjalanan, perintah berkurung bendung Ebola
Museveni berkata perintah berkurung di laksanakan di daerah berkenaan dari 7 malam hingga 6 pagi waktu tempatan.
Ghana sahkan kes pertama virus Marburg
Virus yang amat mudah berjangkit itu dikatakan daripada keluarga sama dengan virus penyebab Ebola.
Tanzania siasat penyakit misteri ragut tiga nyawa
Gejala penyakit itu termasuk demam, sakit kepala, keletihan dan pendarahan hidung, kata Ketua Pegawai Perubatan negara berkenaan, Aifello Sichalwe dalam satu kenyataan.
WHO mesyuarat minggu depan kaji penularan cacar monyet
Sehingga kini, 1,600 kes cacar monyet direkodkan di 39 negara dengan 72 kematian.
Congo umum berakhirnya wabak Ebola yang meragut 6 nyawa
Wabak itu berjaya dibendung menggunakan vaksin Ebola Merck (MRK.N) yang diberikan kepada lebih 1,600 pesakit dan kontak rapat.
Ebola: 4 dilapor meninggal dunia di Guinea, korban pertama sejak 2016
Insiden kematian itu amat membimbangkan kerana wabak yang muncul semula selepas lima tahun dari 2013 hingga 2016 itu pernah meragut 11,300 nyawa.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 9 Februari 2021.
Congo umum penularan semula jangkitan Ebola
Kes jangkitan terbaharu dikenal pastu selepas seorang wanita di bandar Biena wilayah Lubero meninggal dunia akibat penyakit itu.
COVID-19: Afrika berdepan gelombang kedua
Sejak 28 hari lalu, kes dilaporkan meningkat di 19 negara di rantau berkenaan, termasuk Ghana, Kenya, Angola dan Algeria.
COVID-19: WHO tidak akan syor sebarang vaksin sebelum terbukti selamat
Kenyataan menyusul perkembangan terbaharu di mana Rusia dan China mula menggunakan vaksin sebelum kajian jangka panjang selesai.